Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Sabtu, 14 Julai 2018

Menyemai biji durian

Sekarang ni musim durian.. rata rata yang mempunyai kebun durian dapat menarik nafas lega.. kerana harga durian tidaklah terlalu rendah antara RM5.00 -RM4.00 Sekilo.

Kalau sebelum ni kebun mereka nampak suram, ditumbuhi semak samun yang tebal.. Kini meriah bilamana anak cucu datang berkampung.. menjamu selera. 

Makan, makan juga.. pokcik memang tak makan durian ni.. kalau dibuat pulut atau pengat tu pokcik ambil lah juga walaupun sedikit. Memandangkan tekanan darah pokcik yang tidak stabil ni... Pokcik tengok je orang makan.. hari tu tekanan darah pokcik 184/92. Berpinar mata ni.. dimasukkan kat kecemasan dapat sejarum dan dua biji ubat stabil kembali tekanan darah..

Tidak dapat makan durian tidak semestinya menjadi faktor untuk tidak menanam pokok durian... 


Beberapa biji durian dari  buah yang terbaik pada perkiraan pokcik disemai dalam polibeg.. tak dapat makan sekarang pun tidak mengapa nanti sepuluh tahun lagi.. berbuah dapatlah anak cucu merasa.
Share:

4 ulasan:

Farahain ZFA berkata...

semoga durian tu berbuah lah yer.hehehee.

Amanda Suria berkata...

Abah SA pun ada semai pokok durian kawen..nak hantar balik kg takut pakcik x boleh tolong jaga..mungkin tanam di kampung sebelah abah kot..anak pokok dah tinggi..syg kalau x dialihkan ke tanah..takut mati begitu saja

Normala Saad berkata...

Kami sekeluarga pun baru balik bercuti makan durian kat dusun. Best tak terkata.

Warisan Petani berkata...

Cantiknya cangkul pokcik

Cari Blog Ini

Followers

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates