Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Selasa, 17 Julai 2018

Menuai hasil..

Kebun sayur belakang rumah pokcik mulai mengeluarkan hasil. Pokok lada dan terung ni pokcik alihkan dari tapak semaiaj sebelum puasa..

Untuk kali ini tidaklah sampai untuk dijual kerana hanya sebatas dua sahaja untuk keperluan dapur rumah sendiri. 

 Lada solok ini hanya dua batas.. 
dalam 30 pokok

 Terung ungu ni pula sebanyak tiga batas kecil lebih kurang 50 pokok.


Entah macam mana.. terung spesis ni boleh menyelit dalam batas tanaman..  tak pernah pula pokcik beli biji benihnya.. kata bini pokcik terung ni rapuh untuk dibuat ulam cicah budu..  cicah mentah begitu saja. Tapi yang ni pokcik taruh untuk dibuat benih


Cili inilah yang pokcik beli kat Lazada hari tu.. pokoknya kecil, renek.. sesuai untuk dijadikan hiasan, tanam dalam pasu.. tapi yang ni pokcik tanam atas batas.. dalam 15 pokok.. yang lain semua sedang berbunga.. hanya buah ini yang sulung daripada 15 pokok tersebut.. cadangannya, buah yang ini akan dijadikan benih..
Share:

3 ulasan:

farhanna jafri berkata...

wahhhh tanam lada benggala! Menjadi pulak tu dia naik. Bestnya dapat makan hasil sendiri

PeRdU cINta berkata...

Alhamdulillah...satu kepuasan bila apa yg diusahakan mengeluarkan hasil...syukur.

Warisan Petani berkata...

Rajin bertani pasti ada hasilnya

Cari Blog Ini

Followers

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates