Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Isnin, 23 Julai 2018

Segmen bloglist Aug & Sept by by zzzyy.blogspot.com

Jom join segmen ni, syarat dia cukup senang 
follow je blog ni.. Klik banner
Share:

Khamis, 19 Julai 2018

Kita ni tengok je dia orang makan..

Semalam sahabat-sahabat pokcik mengadakan jamuan pulut durian. Pulut yang disponsor oleh bos pokcik dan santan kelapa pula ditaja oleh pengusaha kantin.

Bukan main sedap dia orang semua, mentang mentang pokcik ni tak makan durian. Sebenarnya pokcik ni bukanlah pengemar durian dan bukan juga tidak boleh makan durian. Sebelum ini pokcik makan juga walau tidak banyak hanya seulas dua. Tapi buat masa ini pokcik berpantang dulu... untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan



untuk mengstabilkan dulu tekanan darah pokcik tengok je dia orang makan. Bau tu memang sedap.. Sebelum ni kalau pokcik nak makan durian hanyalah dengan pulut tu pun setaka dua tiga ulas.. Gaul dengan gula melaka lagi sedap kalau dengan gula pasir putih tu rasa lain.. tidak sedap.



Tentang makan banyak durian ni, dulu pokcik adalah pengemar durian kalau setakat dua tiga biji tu hanya untuk pokcik seorang sahaja. Ada ceritanya yang menyebabkan pokcik trauma untuk makan banyak... ceritanya lebih kurang sepuluh tahun lalu, pokcik makan banyak durian sampai muntah dan bayangkanlah bila bau muntahnya durian itu kembali semula ke hidung kita.. tak sanggup dah pokcik.


Lepas itu, pokcik jadi takut hendak makan banyak buah durian ni.. kata orang trauma le gamaknya. Pokcik kalau bab makan pulut durian ni tak suka guna sudu... lagi selesa guna tangan, pakai ramas gitu... tak sanggup mereka makan dekat dengan pokcik.. tak sanggup mereka lihat dalam pinggan pokcik... haa.. itu dulu. sekarang ni tengok jer dia orang makan, berpesta.


Share:

Selasa, 17 Julai 2018

Menuai hasil..

Kebun sayur belakang rumah pokcik mulai mengeluarkan hasil. Pokok lada dan terung ni pokcik alihkan dari tapak semaiaj sebelum puasa..

Untuk kali ini tidaklah sampai untuk dijual kerana hanya sebatas dua sahaja untuk keperluan dapur rumah sendiri. 

 Lada solok ini hanya dua batas.. 
dalam 30 pokok

 Terung ungu ni pula sebanyak tiga batas kecil lebih kurang 50 pokok.


Entah macam mana.. terung spesis ni boleh menyelit dalam batas tanaman..  tak pernah pula pokcik beli biji benihnya.. kata bini pokcik terung ni rapuh untuk dibuat ulam cicah budu..  cicah mentah begitu saja. Tapi yang ni pokcik taruh untuk dibuat benih


Cili inilah yang pokcik beli kat Lazada hari tu.. pokoknya kecil, renek.. sesuai untuk dijadikan hiasan, tanam dalam pasu.. tapi yang ni pokcik tanam atas batas.. dalam 15 pokok.. yang lain semua sedang berbunga.. hanya buah ini yang sulung daripada 15 pokok tersebut.. cadangannya, buah yang ini akan dijadikan benih..
Share:

Sabtu, 14 Julai 2018

Menyemai biji durian

Sekarang ni musim durian.. rata rata yang mempunyai kebun durian dapat menarik nafas lega.. kerana harga durian tidaklah terlalu rendah antara RM5.00 -RM4.00 Sekilo.

Kalau sebelum ni kebun mereka nampak suram, ditumbuhi semak samun yang tebal.. Kini meriah bilamana anak cucu datang berkampung.. menjamu selera. 

Makan, makan juga.. pokcik memang tak makan durian ni.. kalau dibuat pulut atau pengat tu pokcik ambil lah juga walaupun sedikit. Memandangkan tekanan darah pokcik yang tidak stabil ni... Pokcik tengok je orang makan.. hari tu tekanan darah pokcik 184/92. Berpinar mata ni.. dimasukkan kat kecemasan dapat sejarum dan dua biji ubat stabil kembali tekanan darah..

Tidak dapat makan durian tidak semestinya menjadi faktor untuk tidak menanam pokok durian... 


Beberapa biji durian dari  buah yang terbaik pada perkiraan pokcik disemai dalam polibeg.. tak dapat makan sekarang pun tidak mengapa nanti sepuluh tahun lagi.. berbuah dapatlah anak cucu merasa.
Share:

Rabu, 11 Julai 2018

Blog Segmen: Blog List Segment - August Edition by DA

Agak lama pokcik tidak menyertai sebarang segmen atau giveaway yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat blogger. Kebetulan Cakapsinilah menganjurkan segmen yang mudah, itulah yang menyebabkan pokcik tertarik untuk menyertai nya kali ini... jom pakat join segmen ni..

Bermula 10 Julai 2018 sehingga 29 Julai 2018
Share:

Isnin, 9 Julai 2018

Testimoni minyak gonggang


Satu maklumbalas yang baik pokcik terima di facebook berkenaan dengan minyak gonggang ini. Seorang pembeli minyak ini yang juga sahabat difacebook menyatakan berkaitan dengan bintil-bintil (kulit mati) yang timbul dikaki dan tangan suaminya akibat kolesterol mula hilang. Katanya suaminya menyapu pada setiap malam yang pada asalnya hanyalah untuk menghilangkan kulit yang kusam dan tanpa disangkanya bintil-bintil akibat kolesterol juga turut hilang.

Alhamdulillah, satu lagi diluar pengetahuan dan pokcik. Sesungguhnya Alam yang Allah jadikan ini untuk manusia terokai. Teringat lagi pesanan arwah ayah bila ia mengatakan getah pokok ini amat baik untuk penyakit kulit... dengan izinNya. 

Salah seorang sahabat pokcik, sewaktu berbual petang tadi menyatakan lenguh pada sendi lutut ibunya juga hilang bila setiap malam ibunya mengunakan minyak ini untuk diurut pada lutut... Setakat ini feedback yang diterima amat baik..

 
Share:

Minyak gonggang berwajah baru


Alhamdulillah syukur permintaan minyak gonggang dari sahabat -sahabat dan pembeli makin meningkat. Untuk itu bagi menambah daya tarikan pokcik sudah menempah stiker. Kalau sebelum ini stiker pakai print sendiri. 

Dah ada stiker label ni nampaklah cantik sikit dari yang dulu.. cadang pokcik lepas ni nak tempah kotak pula.. tadi dah pergi bincang dengan owner kedai... dari perbincangan awal harga satu unit kotak produk RM2.80, minima 500 unit.. fuuhhh.. banyak juga guna duit tu dalam RM1400.00.. 

Tangguh dulu buat sementara.. tapi kalau dah guna kotak lagi cantikkan.. lagi terliur orang nak beli.. yang pastinya bila dah guna  harganya mungkin sudah berlainan dengan kualiti yang tetap sama..

bagi yang tidak tahu khasiat dan kegunaan minyak gonggang ini bolehlah taip perkataan 'minyak gonggang' dikotak carian tepi atas blog ini.


Share:

Cari Blog Ini

Followers

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates