Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Isnin, 9 April 2018

Berkali-kali menuai hasil


Bayam dan kangkung sentiasa menjadi pilihan bagi pokcik untuk djadikan sebagai tanaman utama. Ini disebabkan ruang yang sempit dan masa yang terhad (kangkung 18 hari dan bayam 30 hari). Pusingan tanaman yang dilakukan diatas batas membuatkan hasil yang dituai untuk jualan tidak putus putus.

Petang tadi pokcik tuai kangkung satu batas dan bayam satu batas untuk dijual kepada sahabat pokcik yang menjual sayuran secara kecilan dan permintaan sahabat disekolah serta pengusaha kantin sekolah pokcik.

Alhamdulillah hasil yang sedikit ini membantu pokcik dalam menyediakan wang saku persekolahan anak-anak pokcik dan juga mengisi petrol kereta untuk berulang alik ke sekolah.
Share:

2 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Kangkung ke bayam ke dua2 kegemaran PC sekeluarga....kangkung goreng belacan....bayam masak lemak...tak pun masak tumis air....nikmat....nikmat..

Normala Saad berkata...

Seronoknya pakcik boleh lepas duit belanja. Saya ni suami cakap tak reti buat duit. Buang duit pandai. Ya la orang nak beli pokok bubga sayang nak jual

Cari Blog Ini

Followers

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates