Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Ahad, 22 April 2018

SEGMEN AMINKAN DOA SAHABAT


Alhamdulillah syukur kerana diberi kesihatan dan keupayaan untuk melakukan tugas harian dan amal ibadat untuk Allah subhanahu wa ta'aala. Satu segmen yang baik dianjurkan blogger ejulz, Segmen Aminkan Doa sahabat. Semoga semua sahabat kita termakbul.

Disamping itu marilah kita sama-sama berdoa untuk emak, ayah, datuk, nenek, keluarga kita dan saudara mara kita diberi kesejahteraan dan kerahmatan.

Dalam hidup ini pokcik sentiasa berdoa semoga diri ini diberi kesihatan yang sempurna, diberi keberkatan rezeki, anak anak yang soleh, dipermudahkan urusan dunia dan akhirat dan berdoa supaya bumi Malaysia ini sentiasa aman untuk didiami oleh anak cucu kita nanti.
Share:

Isnin, 16 April 2018

Bunga markisa


155/89. Itulah bacaan tekanan darah pokcik semalam. Peningnya tidak terasa cuma lenguh-lenguh dibelakang tengkuk. Kata nurse yang buat pemeriksaan tu, kalau tak pening tu lagi bahaya berbanding bial rasa pening..

Tapi bila terpandang pada pokok markisa pokcik yang berbuah lebat tu, rasa lenguh pada belakang tengkuk hilang serta merta. Cantik bunganya, sedap mata memandang walaupun baunya tidak sewangi mana.
Share:

Sabtu, 14 April 2018

Bunga bendi


Cantikkan bunga bendi ni.. Tadi pagi pokcik masuk kebun kat belakang rumah seperti biasa.. 

Tiba tiba nampaklah pokok bendi yang pokcik tanam lebih kurang tiga puluh pokok mula berbunga.. nampak cantik sangat bunga nya.. 

Alhamdulillah rezeki, dapatlah buahnya nanti digoreng atau apa sahaja untuk dimakan.. nak dijual sikit sangat rasanya.
Share:

Rabu, 11 April 2018

Gambar Hari Rabu #44 - Girang



Share:

Selasa, 10 April 2018

Kejohanan Olahraga sekolah 2018


Hari ini berlangsung kejohanan olahraga di sekolah pokcik. Acara sukan yang biasa diadakan setiap tahun. Acara yang sepatutnya berjalan hingga ke petang  terpaksa ditangguhkan sehingga esok disebabkan hujan yang membasahi bumi.

Jadi seperti biasa pokcik belanja sekeping dua gambar acara sukan yang sempat rakam tadi..















Share:

Isnin, 9 April 2018

Berkali-kali menuai hasil


Bayam dan kangkung sentiasa menjadi pilihan bagi pokcik untuk djadikan sebagai tanaman utama. Ini disebabkan ruang yang sempit dan masa yang terhad (kangkung 18 hari dan bayam 30 hari). Pusingan tanaman yang dilakukan diatas batas membuatkan hasil yang dituai untuk jualan tidak putus putus.

Petang tadi pokcik tuai kangkung satu batas dan bayam satu batas untuk dijual kepada sahabat pokcik yang menjual sayuran secara kecilan dan permintaan sahabat disekolah serta pengusaha kantin sekolah pokcik.

Alhamdulillah hasil yang sedikit ini membantu pokcik dalam menyediakan wang saku persekolahan anak-anak pokcik dan juga mengisi petrol kereta untuk berulang alik ke sekolah.
Share:

Membeli biji benih melalui lazada


Membeli biji benih melalui LAZADA. Pagi tadi pokcik terima bungkusan kecil dari Abang Pos Laju. Pokcik dah gak dah, ni mesti barang yang pokcik beli dari laman web tersebut. Hampir dua minggu menunggu. Sebabnya benih ni datangnya dari negara China.

Ini merupakan kali pertama pokcik membeli biji benih melalui laman web lazada. Kalau sebelum ini pokcik hanya membeli barangan dapur dan sebagainya.

Tertarik dengan gambar yang tertera dilaman web tersebut. Pokcik beli dua jenis lada, satunya Giant Spices Spicy Red Pepper, gambar bawah.



Yang bawah ni nampak banyak warna dalam satu pokok. Colourful Ornamental Pepper, (lada hiasan) pokcik nak cuba tanam kalau hidup oklah, kalau tak hidup maknanya tidak sesuai.  Harap-haraplah semaian dari biji benih ini menjadi.




Share:

Isnin, 2 April 2018

Hadiah dari kawan .... Krim BC100


Satu hari tu pokcik ada cerita kat kawan pokcik tentang masalah saraf lengan kanan isteri pokcik. Isteri pokcik ni patah tangan kanan dah banyak bulan dan dah sembuh pun patah tu. Tapi masalahnya sekarang ni, isteri pokcik tidak dapat mengenggam barang dengan baik.. Kalau terlalu banyak digunakan untuk berkerja jari-jarinya menjadi sakit dan sengal..

Pagi tadi kawan pokcik ni datang dengan sebotol krim BC100. Dihulurnya sebotol krim ni pada pokcik, minta isteri pokcik sapu dahulu. Tak nak mintak bayaran tapi kalau rasa elok lepas ni kau bayarlah. Senangnya dia kan begitu yakin.. tapi bila pokcik google maklumat tentang krim ni, banyak jugalah kebaikannya..

Pokcik rasa pokcik pun nak sapu juga kat betis atau tangan pokcik ni yang kadan-kadang tu rasa sengal dan kebas kerana aktiviti duduk saja dan berkebun..


Share:

Isnin, 26 Mac 2018

Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pencarian bloglist bulan April 2018 bagi blog https://aerillhassan.blogspot.my/ bermula 19 Mac 2018 sehingga 31 Mac 2018. Bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama blogger. Semua blogger dijemput untuk sertai pencarian ini.

Cara-cara untuk sertai :-

1. Follow, Add to Circle dan Like
2. Masukkan blog https://aerillhassan.blogspot.my/ ke dalam bloglist anda.

3. Buat entri bertajuk Pencarian Bloglist April 2018 by Aerillhassan

4. Copy Coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

15 blog bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist blog Aerillhassan. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 April 2018.

Sekian, terima kasih.
Share:

Selasa, 20 Mac 2018

Ke Tasik Kenyir


Sudah agak lama pokcik tidak ke sini, Tasik Kenyir. Kalau suatu waktu dahulu dalam tahun-tahun 90-94 tasik ini menjadi sebahgian dari tempat pokcik bermain. Maksud pokcik tempat ini medan pancingan pokcik dan terakhirnya pada tahun 2013. Waktu itu tanah ini belum diistihar sebagai kawasan bebas cukai lagi.

Kali ini datang lagi kesini. Di Pangkalan Gawi ini, banyak perubahan yang berlaku. Sudah diistiharkan sebagai kawasan bebas cukai, sudah ada water park


Pokcik datang kali ini atas ajakan abang ipar pokcik yang datang sejauh JB. Hendak sangat kenal Tasik Kenyir ini. Hendak tau ada apa di kawasan bebas cukai ini. Pokcik bawa mereka pusing sekitar sini. Bergambar sekitar sini sebagai kenangan. Jadi pemandu pelancong pokcik hari tu. Dua Jam kami disini. 



Puas pusing tasik kenyir pokcik bawa abang ipar ke Mengabang Tapah, Kuala Nerus. Apa lagi kalau tak membeli keropok lekor untuk dibawa balik ke JB. Selepas itu pokcik dan famili singgah kat pantai Rhu Sepuluh, Setiu. 


Selepas makan dan berehat, sebelum bertolak balik rumah sempatlah juga dia orang bergambar. Dalam gambar ni jangan cari pokcik dan bini pokcik. Bini pokcik ni memang tak minat bergambar.


Sempatlah juga pokcik posing depan kamera... sekeping bersama anak ke empat pokcik

Share:

Sabtu, 10 Mac 2018

Mengutip getah sekerap


Setelah sepuluh petang membanting tulang, mengukir dari batang ke batang pokok getah maka hari ini pokcik bersama isteri dan dua anak mengumpul hasilnya.

Selama sepuluh petang, empat guni getah sekerap (pot getah) dapat dipungut. Bila dijual tengah hari tadi dapatlah hampir empat ratus ringgit. Walaupun harganya tidaklah setinggi mana, dari tidak bertoreh tu baik ditoreh walaupun sedikit dapat juga hasilnya. 

Hari ini harga getah sekerap adalah RM2.45 bagi 1kg. Aktiviti menoreh ini pokcik lakukan pada waktu petang bagi hari biasa dan waktu pagi pada hari cuti

Share:

Jumaat, 9 Mac 2018

SEGMEN JOM TUKAR2 BLOGLIST DARI EJULZ '

http://ejulz.blogspot.my/2018/03/segmen-jom-tukar2-bloglist-dari-ejulz.html
Jom join segmen ni...
Share:

Selasa, 6 Mac 2018

Tuai Kangkung


Hari ini kali kedua pokcik tuai kangkong. Cadangnya pagi esok sebelum pergi sekolah pokcik nak tinggalkan pada seorang sahabat ntuk dibawa ke pasar rabu.

Dua batas kangkung pokcik dapat empat puluh ikat. Satu ikat seberat 250 gram, lebih urah berbanding dengan harga pasaran. Beberapa hari yang lalu kalau kat pasaran bagi RM1.00 adalah seberat 100gram. Yang pokcik jual ni lagi murah, lebih 150 gram.

Kangkung ini pokcik tuai bila cukup 18 hari.. ada beberapa batas lagi menunggu hari giliran untuk dituai... Alhamdulillah rezekikan bila kita rajin.
Share:

Isnin, 5 Mac 2018

demam


gambar dari pokcik google


Tekak terasa perit, hidung mula berair dan kepala terasa sedikit pening. Puncanya tiga hari cuti jumaat, sabtu dan ahad pokcik banyak berkerja dibawah mentari yang panas. Mana tidaknya pagi pokcik ke kebun getah, menoreh manakala petangnya pokcik melakukan kerja-kerja  menanam sayur.

Pendek kata tiga hari ni pokcik tidak duduk diam. Penat cukup penat. Hanya malam sahaja masa untuk berehat. Dua tiga hari yang lepas pokcik diganggu sesuatu didalam hutan. Waktu tu hari dah masuk senja. 

Ada sesuatu yang menegur, teringat pesan orang-orang tua pokcik tidak cepat menjawab hanya memerhatikan persekitaran.....  Beberapa tahun yang lalu pernah alami situasi yang sama...
Share:

Khamis, 1 Mac 2018

HAdiah GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM sudah sampai..


Terima kasih kepada penganjur GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM, Hadiah GA tu selamat sampai ke tangan pokcik.

Nak dijadikan cerita tadi, Surat ini tidak sampai kealamat rumah pokcik sebagaimana yang tertera pada sampul surat. Tetapi hadiah ini sampai disekolah tempat pokcik bertugas yang mana jaraknya 22km dari alamat yang tertera pada sampul.

Baru pokcik yang Abang posmen ni, sememangnya mengenali pokcik walaupun kami berdua tidak berkawan baik hanya sekadar bertegur sapa sebelum ini. Terima kasih abang posmen.. dan terima kasih buat penganjur GA ni..
 
Share:

Ahad, 25 Februari 2018

Hadiah GA akan menyusul sedikit masa lagi


Terima kasih tidak terhingga kepada peserta GA minyak gonggang, diharap dapat bersabar kerana sedikit masa lagi minyak gonggang akan berada ditangan anda. Pokcik minta maaf atas kelewatan yang berlaku. In Sha Allah setiap pemenang dan peserta yang pokcik senaraikan akan mendapatnya..
Share:

Isnin, 19 Februari 2018

Semua peserta GA adalah pemenang

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan GA pertama pokcik telah pun tamat. Terima kasih tidak terhingga kepada lima belas blogger yang sudi menyertai GA pokcik ini. Tanpa pilih kasih dengan berbesar hati pokcik akan memberi hadiah minyak gonggang ini kepada semua perserta GA pokcik.

Kepada peserta GA pokcik, bolehlah emailkan maklumat dibawah kepada pokcik :

1.   Nama Penuh
2.   Alamat Tetap

3.   No. Telefon
4.   URL penyertaan GA 

emailkan kepada damalkamis@gmail.com.  Semua peserta akan diletakkan dalam Bloglist bulan bermula dari sekarang hingga bulan Jun.

Senarai peserta bertuah adalah seperti dibawah :

3.   Noor Najwa
4.   CikLa Shahril 
5.   Ika.S 
6.   Zafirah Nazri 
8.   Nur Izzati 
9.   Shikin Razali 
10.  sviors 
11.  Sya Nissa 
12.  ejulz 
13.  Miss Mulan 
14.  Mrs Pip 
15. Maisarah Ibrahim
16. Nona Qiyah

In Sha Allah hadiah GA, minyak gonggang akan menyusul selepas ini. Boleh sahabat-sahabat blogger mencubanya. Usah bimbang, usah takut kerana minyak gonggang ini dihasilkan dari kulit pokok gonggang dan hanya dimasak dengan minyak kelapa sahaja. Tiada penggunaan bahan kimia. 
Keluarga pokcik sentiasa menggunakannya, bukan hanya ketika terkena gatal kulit, terkena minyak panas atau air panas, kulit berkerapu, kaki makan air (athlete foot), luka berair atau apa sahaja berkaitan kulit. Ada ketikanya kulit lengan pokcik terasa kering atau kusam pokcik akan menyapu minyak ini.
In Sha Allah cuba dahulu....
Share:

Sabtu, 17 Februari 2018

Senarai peserta 'Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger'

Tinggal sehari lagi sebelum GA pertama pokcik akan berakhir. Bagi yang belum menyertainya bolehlah cepat-cepat sebelum tarikh GA tamat. Itu pun kalau sudi.

Dibawah ini disenaraikan nama peserta 'Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger".

3.   Noor Najwa
4.   CikLa Shahril 
5.   Ika.S 
6.   Zafirah Nazri 
8.   Nur Izzati 
9.   Shikin Razali 
10.  sviors 
11.  Sya Nissa 
12.  ejulz 
13.  Miss Mulan 
14.  Mrs Pip 

Terima kasih tidak terhingga kepada peserta-perserta GA diatas.. Tinggal sehari lagi sebelum berakhir pada jam 12.30 malam.. jom... jom.. 
Share:

Ahad, 11 Februari 2018

Minyak Gonggang Giveaway by Pokcikblogger


Seperti mana yang diwar-warkan sebelum ini, bahawa pokcik akan mengadakan satu giveaway. Maka dengan rasminya pokcik melancarkan Giveaway pertama pokcik yang diberi nama 'Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger'. Kenapa Minyak Gonggang?. Sudah tentulah hadiahnya minyak gonggang yang dihasilkan sendiri oleh pokcik.

Apa itu minyak gonggang?. Minyak Gonggang dihasilkan dari kulit pokok gonggang, sejenis pokok yang sukar ditemui hanya terdapat didalam hutan dikawasan berbukit. Diproses secara tradisional oleh pokcik sendiri tanpa menggunakan bahan kimia.

Minyak ini terhad. Demi menjaga kelangsungan hidup pokok gonggang ini, kulitnya harus diambil sedikit dan harus membiarkan kulit pokok ini sembuh semula untuk mengambil kulit yang lain pula. Dan stok minyak gonggang ini pun terhad. Sebelum ini pokcik hanya memenuhi permintaan jiran tetangga saudara mara dan sahabat terdekat sahaja. Hari ini 11 Februari 2018 pokcik ingin memberi kepada 10 orang blogger bertuah bagi mencuba menggunakan Minyak Gonggang. Tidak salah anda mencuba menggunakannya



Kegunaan dan kelebihan minyak pokok gonggang:-

1.   Meredakan gatal akibat terkena gigitan serangga kecil seperti semut api, gatal 
      terkena ulat bulu.
2.   Kaki makan air (athelete foot)
3.   Kulit badan berkerapu
4.   Kecederaan kulit yang lambat kering (Luka berair)
5.   Boleh juga digunakan untuk berurut.
6.   Terkena api atau air panas
Untuk kegunaan luaran sahaja/sapu.

Syarat-syarat Penyertaan:-

1.   Follow blog Pokcikblogger.com

2.   Buat entri bertajuk : 'Minyak Gonggang Giveaway By Pokcikblogger'
      upload banner di atas dan backlink ke entri ni.
4.  Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.

5.  Segmen akan tamat pada 12.00 malam 18 February 2018

6. Pemenang akan diumumkan dua tiga hari selepas tamat tempoh giveaway

Sekian terima kasih.....
 
Share:

Jumaat, 9 Februari 2018

'Melorong' Kebun getah

Pagi tadi pokcik pergi ke kebun getah, tujuannya adalah untuk 'melorong' atau menebas semak samun disepanjang banjar pokok getah. Buat permulaan ini pokcik hanya menebas/membuat laluan menoreh getah sahaja sebelum menebas keseluruhan semak didalam kebun.

Kali ini pokcik berhasrat untuk menoreh sendiri getah ini berbanding sebelum ini memberi orang lain yang menoreh.Pokcik akan hanya menoreh pada hari cuti sahaja. 

Disatu kawasan dalam kebun pokcik, terlihat satu 'jerumun' yang dibuat dari batang dan ranting pokok senduduk yang telah kering. 'Jerumun' ini adalah tempat tinggal sementara babi hutan. Terdapat satu pintu bagi kegunaan keluar masuk babi, dari pemerhatian pokcik jerumun ini telah lama ditinggalkan.

Pokcik tidak berani masuk lebih dekat, bukan kerana takut adanya babi kerana sudah diketahui babi itu telah lama meninggalkan tempat ini tetapi disebabkan kebiasaannya jerumun ini banyak hama atau sekenit yang menyebabkan kulit akan menjadi gatal.

Buat masa terdekat ini pokok getah sebatang seperti didalam gambar tu tidak akan pokcik dekati untuk menorehnya..



Share:

Rabu, 7 Februari 2018

Melapah kulit pokok gonggang



Dah masuk bulan februari dan agak lama pokcik menyepi tanpa sebarang cerita yang dipaparkan. Tadi pokcik masuk masuk hutan, mendaki sedikit bukit kecil bagi mendapatkan sekeping kulit pokok gonggang untuk dibuat ubat.

Pokok ini tumbuh dialam kebun getah pokcik. Pelbagai usaha pokcik lakukan sebelum ini untuk mebiak dan memperbanyakkan lagi pokok ini tetapi idak berjaya. Pokok gongganng ini mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan tradisional.

Pokcik tidak tahu apa yang terkandung dalam pokok ini, pokcik hanya mewarisi dari arwah ayah pokcik bagaimana cara menyediakan pokok ini untuk dijadikan ubat itu sahaja. Getah  dari kulit pokok ini bila diproses menjadi minyak amat berkesan untuk kegunaan luar badan manusia. Seperti gatal kulit, merawat celah kaki yang berair, terkena api, boleh juga digunakan untuk berurut dan baik untuk merawat luka yang lambat kering akibat kemalangan.

Pokcik pernah bercerita DISINI tentang khasiat pokok gonggang ini untuk merawat luka kulit anak pokcik yang kemalangan jalanraya.  Pokcik berhasrat untuk membotolkan minyak kulit pokok gonggang ini dan menjadikannya sebagai hadiah giveaway pertama yang akan pokcik adakan sedikit masa lagi, itu pun sekiranya ada sambutan dikalangan blogger semua.

Rakan blogger mungkin boleh mencubanya nanti atau simpan untuk masa keperluan. Penyeiaan minyak ini adalah secara tradisional. In Sha Allah mungkin berkesan bagi sesetengah orang dan mungkin tidak bagi orang lain.

















Share:

Ahad, 28 Januari 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM


Jemput untuk menyertai Giveaway ini.
Klik banner atas.
Share:

Sabtu, 20 Januari 2018

Mengenggam Bara


Mengenggam Bara, Terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Novel ini pokcik ambil dirak perpustakaan awam (maksud pokcik pinjam). Nampak garang dia punya kulit genggaman penumbuk yang merah. Novel ini kisah perjuangan. Perjuangan insan istimewa, perjuangan orang cacat penglihatan dalam memperjuangkan hak mereka.

Perjuangan Wei Sin, Christina, Pak Cik Hassan dan rakan-rakan mereka yang tidak pernah mengalah mahu pun berundur. Ketika berjuang, mereka terpaksa berdepan dengan kerenah pucuk pimpinan. Selain itu, mereka terpaksa berdepan dengan sikap negatif sebahagian orang cacat penglihatan sendiri yang enggan berganjak daripada kemunduran yang dialami. Lebih malang lagi apabila pihak yang berkenaan yang diberikan amanah untuk membantu mereka juga tida berbuat apa-apa.


Share:

Ahad, 14 Januari 2018

SAYA NAK MASUK BLOGLIST JANUARY BY STNRSYFH

http://stnrsyfh.blogspot.my/2018/01/saya-nak-masuk-bloglist-january-by.html?m=1

Pokcik ni, kalau segmen yang simple memang suka join. Kalau yang banyak kena klik tu klik ni.. hmmmm alamak nya lambat la sikit nak join..

Yang ni pun simple je, meh le join...klik banner atas je
Share:

Bila Diri Dirundung Malang


Bila Diri Dirundung Malang....


Share:

GIVEAWAY #1 NEW YEAR 2018 BY CIKYAN



Apa yang pokcik nak katakan tentang blog Cikyan ni yer,.. semua ok je.
Rasanya bunga dikiri kanan tu lebih menyerlah..

Tahun 2018 akan ditempohi seperti tahun tahun sebelumnya andainya tiada musibah yang mendatangi. Yang belum siap akan disiapkan yang belum selesai akan diselesaikan. Semoga kesihatan sentiasa bersama.
Share:

Sabtu, 13 Januari 2018

Keladi


Keladi. Suatu ketika dahulu pokcik tidak menyukainya, mengemarinya jauh sekali untuk menjadikan ianya suatu menu hidangan dihari yang indah. Walaupun sekeliling rumah pokcik dan didalam alor didepan rumah pokcik dipenuhi dengan pokok keladi yang tidak boleh dimakan. Tambahan pula pokcik pun tinggal didalam kampung yang diberi nama Alor Keladi.

Walaupun didalam alor disekeliling rumah pokcik itu ditumbuhi oleh banyaknya keladi. Tetapi keladi itu semuanya tidak boleh dimakan. Hanya mereka yang pandai sahaja yang dapat mengambilnya dan dibuat makan tanpa rasa gatal. Kata orang keladi tu keladi kemahang

Kalau dulu pokcik tidak dapat makan bukan kerana pokcik sombong dengan keladi ni tapi pokcik alahan kerana kesihatan pokcik yang tidak mengizinkan. Setiap kali makan pokcik akan rasa tidak selesa didalam perut, rasa semput dan tidak keseragaman pada badan.

Itu dulu. Kini baru pokcik tahu nikmat dan betapa sedapnya batang keladi ini. Lebih-lebih lagi batang keladi sayur lemak berudang tu... fuuhh.. memang menambah ler nasi. Pokcik tidak alahan lagi pada keladi ini. selepas sesi rawatan yang bertahun lamanya. 

Bila sedapnya keladi. Pokcik ambil usaha cari benih keladi, tanam beberapa jenis keladi. Ada keladi tapak badak, keladi johor, keladi maras dan setawi. Rasanya banyak lagi keladi yang pokcik tak tahu. Kena tanya WP ni. BUkan setakat makan dah jadi pendapatan sampingan. Hari tu pokcik cabut beberapa batang keladi ni, bawa pergi sekolah tu atas permintaan sahabat-sahabat pokcik.  Alhmadulillah dapat juga sedikit duit.
Share:

Isnin, 8 Januari 2018

Fugitif

http://maya-iris.blogspot.my/

Fugitif oleh Maya Iris ini merupakan buku kedua buah tangan beliau yang pokcik baca dan miliki selepas Konspirasi Suami. Sebenarnya Fugitif ini adalah sinambungan dari Konspirasi Suami dari trilogi beliau yang diawali dengan  Mahar Cinta Cinderella.

Pokcik tidak mahu buat review tentang novel ini kerana sebenarnya pokcik sendiri belum habis membaca novel ini dan bukan pakar dalam bab itu. Yang pasti pokcik suka pada gaya bahasa yang mudah... bab kata orang novel ini dibaca secara santai je.

 
Share:

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

Jom join segmen Mek Zumbie
Klik Banner bawah



Kalau dapat pokcik nak hadiah beg kat bawah. 
Nak bagi kat bini pokcik




email. damalkamis@gmail.com

Share:

Sabtu, 6 Januari 2018

Sembelih ayam kampung


"Tiada lauk kat dapur kita nak makan tengahari nanti, marilah kita ke Kampung Nangka" ajak isteri pokcik. Biasanya kalau hari minggu pokcik akan ke Kampung Nangka, berhampiran dengan Pekan Kuala Besut. Jaraknya lebih kurang 18km. 

Kenapa tak beli dibandar Jerteh sahaja? walaupun rumah pokcik lebih dekat dengan bandar Jerteh  lebih kurang 3 km je tapi kadang-kadang ada beberapa benda yang lebih murah terdapat ditempat lain. Di kampung Nangka ini pelbagai jenis ikan segar yang terdapat disini, hasil tangkapan nelayan tempatan. 

"Tak payah pergilah, makan apa aje yang ada kan kat belakang rumah kita ni banyak yang boleh makan" saran pokcik buat bini. "telur ayam kampung dan telur itik tu pun banyak" Sambung pokcik.

"Kalau begitu apa kata abang pergi sembelih ayam betina dara tu, sedap dimakan taklah keras sangat daging dia" Bini pokcik dah berminat dengan saranan tadi.

"Nak masak Apa?" tanya pokcik.

"Gulai pun boleh, kerutuk, kerisik atau goreng. Abang pilih yang mana nak, yang pasti hari ni dah dapat jimat duit belanja dapur". Bab sebut dapat jimat duit belanja dapur ni isteri pokcik senyum. Memang dialah akauntan pokcik. Kalau pokcik gerenti boros...

Share:

Rabu, 3 Januari 2018

Gambar Hari Rabu #43 - Bawang Merah



"Bila masuk musim hujan begini, bawang merah mesti naik harga" rungut isteri pokcik.

"Siapa yang cakap" tanya pokcik

"Saya yang cakap" jawab bini pokcik, menyingga bila pertanyaan pokcik seperti menganjing pada apa yang dia beritahu..

"Memang naik harga bang'' ujar bini pokcik lagi. "Memang terasa sangat" sambung bini pokcik lagi.

"oooo.. kalau begitu tak payah masak taruh bawang merahlah" kata pokcik.

"ya la bang oooiii.. nanti awak kata saya ni masak tak sedap lah, lecah lewehlah" Pokcik nampak isteri pokcik dah nak marah tu..

betulah kan bila tiada bawang merah ni dalam masakan atau yang menglibatkan tumisan ni, masakan jadi kurang sedap...

Share:

Cari Blog Ini

Followers

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates