Rabu, 6 Disember 2017

Merasai pengalaman Meragau ikan


Petang tadi pokcik pergi ronda-ronda bersama ister3 pokcik kat sawah bendang.. Sekarang ni, musim menuai. 

Alhamdulillah dua tiga hari ni cuaca kat kampung pokcik ni elok, jadi masyarakat kampung disini boleh meneruskan aktiviti menuai padi. Ada beberapa rakan sekampung pokcik yang mana padi mereka beberapa hari lalu ditengelami air banjir mengalami kerugian.

Tapi yang menarik perhatian pokcik tadi, ada seorang jiran pokcik bersama dengan cucu-cucunya sedang meragau ikan. Sekarang ni musim cuti sekolah, rumahnya meriah dengan kehadiran cucu-cucunya yang sedang bercuti, boleh dikatakan kesemua anak cucunya ini pengemar ikan darat...  Anak cucunya ini tinggal dinegeri lain

Jadi jiran pokcik ni mengajak cucu-cucunya sama sama merasai bagaimana pengalaman meragau ikan dibaruh. Kalau tengok dalam gambar ini hanya dua sahaja tapi dibahagian petak sawah yang lain ada dalam lima enam orang  lagi. Walaupun tinggal dibandar, cucunya ini tetap ingin merasai pengalaman ini. 

Inilah yang terbaik , tahu dimana asal-usulnya...

3 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Jadi pengalaman yang tak dilupakan.

wafa cw berkata...

Assalam, lama tak singgah blog saing kita nih. ni yg sampai ni pasal ada org komen kat blog kita. dah bersawang berkarat dah blog kita hahahaha. la ni kat Kedah org dah menyemai dah padi. Time menuai dekat sebulan lepas kita satu family pergi memancing kat parit tepi bendang belakang rumah...anak laki no. 4 kita ikut pak sedara di gi gagau dapat dekat 10 ekor haruan... balik jenuh bersiang. ikan puyu dapat dekat 20 ekor... pedih jari jari dok bersiang ikan puyu hahaha....

wafa cw berkata...

Salam... aduh syiok menggagau ikan ni... btw menggagau ni macam serkap la dok? hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates