Isnin, 6 November 2017

Terung Satok


"Buah apa tu" Satu pertanyaan diajukan sebaik sahaja plastik yang mengandungi buah kekuningan ini pokcik letakkan diatas meja dikantin.
"Inilah dia terung satok atau terung masam, ada juga yang panggil dia sebagai terung dayak" pokcik cuba menerangkan pada beberapa rakan yang berada dikantin. Kebanyakan antara mereka belum pernah melihat terung ini.
"Berbulu buahnya, bagaimana nak makan ni" tanya Kak Yah pengusaha kantin kat sekolah pokcik. 
"Kena beli Gillette ni, buat kikis bulu dia" kata Pok Ku Long sambil tertawa.
"aaahaa.. kena kikis bulu dia dulu sebelum masak" kata ku mengiyakan gurauan dari Pok Ku Long.  
"Masak macam mana ni" tanya Che Lah pembantu tukang Masak Kak Yah.
"Paling mudah celur lepas tu cicah dengan budu, sedap tapi rasa dia masam sikit. Lagi sedap dibuat air asam cicah ikan tawar atau dicampur dalam gulai ikan puyu atau haruan" susah jugak pokcik nak terang kat mereka ni, satu persatu soalan yang dia orang tanya. Rupanya bukan semua orang kenal buah terung masam ni.
"Tak pernah pula tengok pokok terung ni macam mana" kata PK HEM pokcik.
"Pokok ni, berduri diatas daun dan batangnya, lebar daunnya pun lebih kurang terung pipit" terang pokcik pada mereka semua sambil menunjukkan gambar pokok terung ni pada mereka.


1 ulasan:

Etuza Etuza berkata...

Asalm..menarik tumbuhan ni tuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates