Ahad, 26 November 2017

Patah balik

Hujan lebat sudah beberapa hari melanda daerah pokcik. Cuaca yang seperti ini sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk sekitar daerah sini dan juga negeri di pantai timur bila masuk sahaja bulan November dan Disember. Itu tandanya banjir akan melanda dikawasan yang rendah.

Tadi pagi, pokcik ke sekolah. Hanya beberapa meter sahaja dari kawasan sekolah. Air telah melimpahi jalan, pada anggaran pokcik tentu airnya baru sahaja surut. Pokcik memandu kereta mengharung air dan sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah. 

Abang  Jaga ekolah, sahabat pokcik datang dan meminta pokcik patah balik kerana  paras air makin meningkat. Akur dengan saranannya, pokcik patah balik.

Petang tadi, dari group whatsapp pokcik terima sekeping gambar dari sahabat, keadaan air yang melimpahi jalan ke sekolah pokcik.

Musim banjir melanda, jadi berhati-hatilah... awasi anak anda (ingatan untuk pokcik sendiri). Untuk sahabat-sahabat blogger, dimusim hujan ini berhati-hatilah semasa memandu. 



Gambar dari group Whatsapp

2 ulasan:

Raydah berkata...

semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt

Warisan Petani berkata...

Harap2 banjir kilat aje.
Akan cepat surutnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates