Selasa, 21 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 disekolah tempat pokcik bertugas berlangsung semalam. Dalam kesibukan dengan tugas-tugas semalam tak sempat nak update cerita ini. 

Tugas pokcik sebagai jurugambar dan jawatankuasa dokumentasi majlis disekolah, harus memastikan setiap detik dirakam sebaik mungkin. Memastikan setiap wajah rakan terakam. Pernah sekali pokcik ditegur oleh seorang rakan guru difacebook bila wajah dia tidak dirakam terlibat dalam acara tersebut sedangkan beliau seorang yang berkerja keras disebalik majlis tersebut.

Apa yang pokcik mampu katakan, bila dia tiba-tiba hilang dari radar pokcik pada hari tersebut.

Kali ini pokcik nak kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 sekolah pokcik yang berlangsung semalam.  


Sebahagian pelajar penerima kecemerlangan akademik 
dan kedudkan terbaik dalam kelas.


 Sebahagian pelajar  Prasekolah menerima sijil  dan cenderahati.
 

Pelajar Ikon
 

Sebahagian ibubapa pemenang cabutan bertuah

 

Gambar-gambar dibawah, peristiwa yang berlaku 
di Hari Anugerah Anugerah Kecemerlangan 2017 










22 November pokcik akan menjadi jurugambar bagi Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran. Pokcik bertugas dengan beliau dah agak lama, bermula pertengahan Ogos 2008. Beliau bersara pilihan diusia 58 tahun. Tarikh persaraan beliau pada 1 Januari 2018 dan majlis diadakan awal kerana selepas ini sekolah bercuti. Nantikan momen menarik peristiwa tersebut dari pokcik.

2 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Tahniah kepada murid2 yang menerima anugerah dan sijil penghargaan.

sis gee berkata...

tahniah semua pelajar sekolah pok cik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates