Rabu, 15 November 2017

Gambar Hari Rabu #38 - Gambar cameraman


Setiap kali ada majlis disekolah, pokcik ditugaskan merakamkan setiap detik acara yang berlangsung. Sentiasa dilantik sebagai Jawatankuasa Dokumentasi sekolah.

Dah minatkan... kalau dulu tahun 90an, pokcik guna kamera filem. bayangkan masa tu dapat tempahan untuk ambil gambar majlis kahwin bukan main gembira. Waktu tu tak ramai yang pakai kamera sebab kosnya yang mahal.

Tapi sekarang ni pokcik dah pencen.. tahun 2013 pokcik pencen, banyak menolak tempahan untuk majlis kahwin. Dah tak larat. Lagi pun mata tidak setajam waktu muda dahulu. Lagi lagi pokcik malas nak menggunakan masa yang banyak untuk mengedit gambar.

Pokcik suka seperti sekarang, bebas merakam gambar secara percuma sekadar untuk keseronokan... Janji hati bahagia..

3 ulasan:

Mrs. A berkata...

Faktor usia bak kata orang kita lebih suka memilih kerja ikut suka hati kita samada dari segi masa mahupun cara kerja itu sendiri.

Mrs. A pun sama tak mau stress-stress asalkan bahagia hiks!

Warisan Petani berkata...

Buat kerja yang kita suka dan minat.
tak tensen, tak stress malah hati rasa terhibur

Shafyqah Azry berkata...

wah bestnya jadi cameraman hehehe

ppssst jemput join ga sha ; http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates