Sabtu, 4 November 2017

3 novel dibulan November ini


Tiga novel ini menanti untuk dibaca dibulan November ini. Pokcik ni bukan peminat novel-novel cinta yang pokcik biasa baca novel-novel seram dan ada unsur sejarah tetapi tadi pergi ke perpustakaan awam, bila tengok novel Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku hasil tangan Mia Kiff terus terasa nak pinjam.  Ini merupakan novel pertama Mia kiff yang pokcik baca.

Novel kedua ialah Renggut, buah tangan Yin Yeen. Ok juga novel ni, pokcik baru baca sampai bab 6..

Ainul Batrisya bukan isteri yang sempurna. Dia memilih Arman Danial untuk menjadi teman hidupnya. Namun ada sesuatu yang hitam mendalangi perkahwinan mereka
Ainul Batrisya telah berselingkuh dengan Zaqrul dan setelah rahsia itu terbongkar kebahagian ainul mula direnggutsatu persatu.
Dan bacaan seterusnya Ayahku oleh HAMKA. Cukuplah sebulan tu dengan ketebalan setiap satu novel tersebut yang lebih dari 500 halaman... sebagai bacaan untuk senggang waktu tidur. Dah dua bulan pokcik tak membeli novel sebabnya bila pergi kat perpustakaan awam, dirak-rak buku nampak banyak buku terbaru tersusun indah disitu.. Bulan lepas pokcik beli buku agama dan motivasi

2 ulasan:

Shahida Dzulkafli berkata...

Renggut tu nampak menarik..

Warisan Petani berkata...

Dh lama tak baca novel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates