Rabu, 1 November 2017

2 dalam 1

Semalam pokcik menemani isteri ke Hospital Raja Perempuan Perempuan Zainab II bagi sesi temujanji bersama doktor pakar. Sudah dua kali kesini untuk sesi rawatan tangannya yang patah hari tu. 

Kali ini hasil dari temujanji dan permesyuaratan antara tiga orang doktor pakar, pergelangan sendi isteri pokcik akan dibedah bagi membaiki susunan sendi pada pergelangan tangannya yang tidak teratur dan 9 November ini ditetapkan tarikh pembedahannya. 

Dalam gerun campur seriau isteri terpaksa membenarkan pergelangan tangannya dibedah. Kalau tidak dibedah mungkin kesukaran baginya untuk melakukan tugas-tugas yang berat seumur hidup. memandangkan satu dari urat pergelangan tangan telah putus, itu kata doktor.


Selesai urusan pokcik ke perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV yang jaraknya tidak jauh dihospital, lagi pun kawasan tu tempat pokcik parking kereta. Di perkarangan  stadium sedang berlangsungnya Karnival hari Peladang, Penternak dan Nelayan serta Expo Teknoogi Hijau Negeri Kelantan. Karnival yang bermula dari 30 Oktober dan berakhor pada  5 November 2017.

Tempat tujuan utama pokcik pada booth Mardi.. bertanya sedikit pada pegawai tentang teknologi pemakanan dan selepas itu pokcik mengisi borang untuk kursus teknologi..sekadar untuk menambah ilmu.

Selepas selesai mana yang patut pokcik lawatlah satu gerai ke satu gerai...  kerana tidak mempunyai masa yang banyak pokcik hanya melawat beberapa tempat sahaja.. jadi pokcik belanja beberapa keping gambar yang sempat pokcik ambil..






3 ulasan:

Cik Ash berkata...

Semoga dipemudahkan urusan istri pokcik deh

Mrs. A berkata...

Semoga isteri Pokcik dikurniakan kesembuhan dengan kadar segera.

Bak kata orang sambil menyelam minum air kann...

Warisan Petani berkata...

Suka pegi tempat2 macam ni.
Banyak pengetahuan dan info yang kita dapat.

Semoga dipermudahkan peawatan is3 pokcik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates