Sabtu, 28 Oktober 2017

Resepi Acar Temu


Acar temu. Dah lama pokcik mengidamkan acar temu ni. Hari tu pokcik tercari-cari  resepi acar ni. Sampai tertanya-tanya pada kawan-kawan. Dalam FB, dalam Whatsapp. 

Belakang rumah pokcik ni ada dua tiga perdu pokok temu. Kalau diambil sebahagian dari satu perdu itu sudah mencukupi untuk membuatnya.

Petang tadi pokcik tanya pada jiran yang senggangnya empat buah rumah dari rumah pokcik. Kata orang dulu-dulu jaraknya dua pelaung.... Kalau sekarang ni rumah yang senggangnya empat puluh meter belum tentu didengarnya laungan itu.

Berbalik pada acar temu ni, kecur liur pokcik nak menyiapkannya.. macam orang bunting mengidam nak makan daging kijang putih ... pokcik gurau tu..

Bahan-bahannya simple je taklah special sangat . Kebetulan bila buka peti tadi adalah kobis setengah labu @ biji.. entah apa orang panggil. Kobis ni pokcik cincang halus, bila siap cincang barulah pokcik perasaan yang alat memarut sememangnya ada.

Lepas tu pokcik ambil bawang besar selabu, bawang merah dua tiga labu. Pokcik tak masukkan bawang puteh..entah orang masukkan atau tidak pokcik tak tahu.. tapikan ini resepi pokcik. Bawang merah dan bawang besar ni cincang halus-halus. Kalau boleh pakai kapak lagi bagus.. lagi halus. JAngan diupakan cili yang telah dihiris, cili besar dan cili pada.. kiranya berpadanan.. kalau banyak nanti pedaslah pulak..

Lepas tu pokcik bersihkan temu tadi dari kotoran almaklumlah diambil dari dalam tanah. Lepas tu lagi pokcik  hiris nipis-nipis... yang ni pokcik dapat teguran dari sahabat FB pokcik bila upload gambar.. katanya cara hiris pokcik tu tak betul... Tak kisahlah kan janji rasanya tetap acar temu.

Jangan dilupakan garam dan gula secukup rasa.. yang penting taruh cuka makan kalau tidak tak rasa macam acar lah gamaknya.. lepas tu gaullah biar sebati.. pokcik buat ala-ala acar mentimun.. gitulah lebih kurangnya..

hmmm.. ada apa-apa yang tertinggal tak?... makan tadi pun dah ok rasanya.. dapat bagi kat jiran pokcik yang bagi resepi tadi.. sedap katanya, kalau makan dengan nasi dagang lag sedap.

1 ulasan:

mamapp berkata...

Wow mama x penah lagi Mkn acar temu. Remy ni bagus utk diabetes kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates