Jumaat, 20 Oktober 2017

Ada sesiapa yang boleh bagi resepi tak?..

Itu baru seperdu pokok temu yang pokcik gali pagi tadi... yang tu temu muda yang telah diasing dari tua. Ada beberapa perdu lagi yang akan digali tapi bila banyak begini pokcik tak tahu nak buat apa, nak masak apa. Biasanya pokcik anak beranak akan pilih yang muda untuk dibuat ulam cicah budu.

Ada kawan-kawan kata temu ni sedap dibuat acar pedas dan macam macam lagi. Tapi bila diminta resepi dengan dia orang.. katanya tak pernah buat, jadi mana sedapnya yang dia orang kata..kalau makannya belum tapi dengar orang kata..

Pokcik nak tanya ni, .. ikhlas ada rakan-rakan blogger yang pandai buat tak acara temu ni? Boleh bagi tak resepi kat pokcik.. pokcik nak rasa sangat acar temu ni..


3 ulasan:

Puan Wawa berkata...

Halia kan tu?

✿Cik Cappuccino Latte ✿ berkata...

pokok temu ni banyak juga khasiatnya , boleh mengurangkan batuk dan boleh melawaskan sistem pencernaan kita. Ada juga yang mengatakan, pemakanan temu pauh dapat mengurangkan stress dan awet muda.

Shahida Dzulkafli berkata...

Alamak.. Pernah tengok gambar je.. Makan tak pernah.. Tak boleh nak bagi resepi ke pokcik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates