Jumaat, 1 September 2017

Aidil Adha, jangan makan banyak sangat daging korban

Share it Please

Salam Aidil Adha untuk rakan-rakan blogger.. Ada tak dikalangan sahabat blogger yang mengadakan sembelihan korban tahun ini. 

Pada aidil adha tahun ini pokcik hanya mememenuhi undangan korban dari jiran tetangga dan saudara mara.. tidak pula menjadi tukang sembelih hanya menjadi tukang lapah daging. Stok daging yang diterima dari jiran dan saudara mara yang mengadakan korban rasanya cukup untuk seminggu. 

Takut pula pokcik nak makan daging lembu banyak-banyak, takut nanti mencanak naik tekanan darah tu.. Kolesterol pun kena kawal... maklumlah pokcik ni dah nak masuk lima siri.. semuanya kena kontrol. Waktu muda dulu lemak yang  terapung dalam kawah gulai tu yang pokcik suka sangat makan.

Pada rakan-rakan blogger.. makan, makan juga tapi jangan berlebihan.. lebih-lebih lagi yang dah nak masuk usia lima siri macam pokcik ni.. semua kena jaga..

Salam Aidil adha..



6 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Salam Aidiladha Pokcik..betul..daging baru ni segar,manis dan panas..boleh makan,tapi berpada-padalah.

Noor Azlan berkata...

Daging segar tu la yang paling sedapkan pok cik... hihi...

Kin Naz berkata...

Kita yang muda ni pun takot nak makan daging korban banyak huhu.

Warisan Petani berkata...

Salam aidiladha pokcik

Lisa Nurulain berkata...

betul tu ... daging makan makan gak. jgn terkorban diri lak nti kat hospital sebab bnyak makan daging jadi darah teinggi

sis gee berkata...

betol tu!!makan berpada-pada..ingat hari esok sama.