Isnin, 11 September 2017

Giveaway by Alia Farhan


Kembali bersegmen.. kali ni pokcik join Giveaway yang dianjurkan 
oleh Alia Farhan.. jom pakat join.
Continue Reading...

Selamat menduduki peperiksaan UPSR


Hari ini bermulanya Peperiksaan UPSR untuk seluruh pelajar-pelajar tahun enam di Malaysia.. 

Anak-anak sekolah pokcik ini kelihatan tenang beratur panjang untuk masuk ke bilik peperiksaan walaupun dalam hati siapa yang tahu..

Selamat menduduki peperiksaan UPSR buat pelajar SK LKTP Tenang Jerteh dan juga calon-calon UPSR seluruh Malaysia. Semoga kalian beroleh kejayaan yang cemerlang

Continue Reading...

Khamis, 7 September 2017

Majlis Restu Ilmu

Pagi tadi berlangsungnya Majlis Restu Ilmu di sekolah pokcik... tahun lepas disebut sebagai majlis izin ilmu..

Majlis bermula jam 8.00 pagi dengan solat hajat dan bacaan Surah Yasin di musolla sekolah.. dan seterusnya guru, pelajar dan ibubapa bergerak ke dewan peperiksaan. Sedikit taklimat disampaikan oleh penyelaras peperiksaan dan guru besar buat ibubapa dan pelajar


Seterusnya acara menyuap pulut semangat sebagai simbolik kata pembakar semangat dari ibubapa buat anak-anak mereka yang akan berjuang menghadapi peperiksaan UPSR yang hanya tinggal beberapa hari lagi.

Pokcik belanja beberpa keping gambar acara yang berlangsung tadi..
















Continue Reading...

Rabu, 6 September 2017

Gambar Hari Rabu #35 - Main getah


Adakah anda pernah main permainan getah ni?.. Permainan ni biasa dimainkan oleh kanak-kanak perempuan tapi masa zaman kanak-kanak dulu pokcik pernah main.. 

Sekarang ni,. anak-anak pokcik pula yang sentiasa mainkan permainan ni.. Walaupun dia orang dah ada gadjet dan permainan yang lebih moden rasanya permainan ni tidak dilupakan..
Continue Reading...

Selasa, 5 September 2017

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

http://bukupinky.blogspot.my/2017/09/first-giveaway-by-blog-buku-pinky_5.html

Kali ini pokcik join segmen yang dianjurkan oleh Buku Pinky.. jadi pokcik nak ajak ler teman-teman pokcik turut serta.. macam biasalah klim je banner atas tu untuk ke blog sahabat kita ni..
Continue Reading...

Isnin, 4 September 2017

Biawak sesat

Cerita terjadi petang semalam. Entah datang dari mana biawak ni merayau tengah-tengah bandar dan akhir sekali masuk kedalam kedai kain milik sahabat pokcik.

Memandangkan saiznya yang besar dan sedikt agresif pokcik meminta sahabat pokcik untuk menghubungi JPAM. Lagi pun JPAM mempunyai kemahiran dan peralatan yang  mencukupi.

BIla pegawai-pegawai JPAM datang sekejap je mereka dapat tangkap biawak sesat ni. Selain JPAM, pasukan Bomba dan Penyelamat juga biasa dipanggil dalam situasi seperti ini.



Continue Reading...

Jumaat, 1 September 2017

Aidil Adha, jangan makan banyak sangat daging korban


Salam Aidil Adha untuk rakan-rakan blogger.. Ada tak dikalangan sahabat blogger yang mengadakan sembelihan korban tahun ini. 

Pada aidil adha tahun ini pokcik hanya mememenuhi undangan korban dari jiran tetangga dan saudara mara.. tidak pula menjadi tukang sembelih hanya menjadi tukang lapah daging. Stok daging yang diterima dari jiran dan saudara mara yang mengadakan korban rasanya cukup untuk seminggu. 

Takut pula pokcik nak makan daging lembu banyak-banyak, takut nanti mencanak naik tekanan darah tu.. Kolesterol pun kena kawal... maklumlah pokcik ni dah nak masuk lima siri.. semuanya kena kontrol. Waktu muda dulu lemak yang  terapung dalam kawah gulai tu yang pokcik suka sangat makan.

Pada rakan-rakan blogger.. makan, makan juga tapi jangan berlebihan.. lebih-lebih lagi yang dah nak masuk usia lima siri macam pokcik ni.. semua kena jaga..

Salam Aidil adha..



Continue Reading...