Khamis, 27 Julai 2017

Raya lagi katanya

Share it Please
Walaupun Syawal telah berakhir tapi sahabat-sahabta pokcik ni tetap nak buat jamuan.. jamuan raya katanya. Cadangnya hendak dibuat pada hari terakhir pada bulan Syawal yang lepas tetapi memandangkan waktu tu poket masing-masing berada ditahap yang kritikal.. waktu tu kalau nak beli pun rasanya terpaksa pecahkan tabung.



Bila dah dapat gaji, maka hari ini telah dipilih sebagai harinya untuk kami buat jamuan kecil kat bilik guru. Alhamdulillah berkongsi rezeki, masing-masing buat kat rumah bawa ke sekolah.


Antara menu hari ini.. gambar bawah


Gambar bawah.. Ini menu yang pokcik bawa.. 'colek buah'.. Kuah rojak tu isteri pokcik yang  yang sediakan. Mereka ni kata kuah colek tu memang sedap. Sampai habis tadi mereka makan. 


1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Kira pot luck sempena rayalah ni.