Jumaat, 14 Julai 2017

Mencari lokan dan kepah


Petang tadi pokcik dengan isteri dan dua anak ke Setiu Wetland di Kampung Pengkalan Gelap dalam menjadi si mencari kepah dan lokan.


Dua minggu lalu pokcik kesini dalam misi mencari ketam nipah untuk anak pokcik yang terkena denggi. Bila pokcik kata nak kesini, anak anak cukup teruja. 

Anak pokcik ni hendak merasa bagaimana cara mencari lokan dan kepah.


Lagi teruja isteri pokcik.. kalau sebelum ini nak makan beli aje kat kedai. Hari ni barulah merasa nikmat mengeledah hutan nipah paya bakau. Bagaimana gatalnya gigitan nyamuk kat sini.


Untuk mencari ketam nipah ni, senjata utama kami ialah parang dan pisau. Caranya pisau ini ditikam ke dalam tanah dan ditarik  seperti letak pisau dan belah kek tu. Kalau ada bunyi seperti menyentuh batu.. itulah rezeki kami..lokanlah tu..


Waktu yang sesuai untuk mencari lokan ni ialah waktu air surut... terpaksa meredah bakau dan nipah.


Buah nipah, bukan anak sahaja yang kali pertama melihatnya..


Siput entah apakah namanya pokcik pun tak tau..


Seronok. selepas penat mencari kami menghabiskan bekalan yang dibawa.. tadi isteri pokcik masak nasi lemak. Bukan main berselera makan.



Inilah hasil yang pokcik dan keluarga dapat tadi.. Kata anak, minggu depan kita datang lagi





2 ulasan:

Nor Azimah berkata...

Saya dok Teganung tapi adalah sekali dua je gi setiu, pah lening mok takdok doh lagilah jarang balik Teganung.

Seronoknya cari lokan, pastu berkelah, dah penat berselera sungguhla makannya.

Warisan Petani berkata...

Bolehlah jadi santapan sekeluarga kepah tu.
Yang penting adalah pengalaman berharga buat anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Blog Pilihan November

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates