Sabtu, 1 Julai 2017

Ketam nipah masak sup

Share it Please

Ini hasil air tangan pokcik, ketam nipah masak sup untuk anak pokcik yang masih terlantar di wad hospital. Sup yang ringkas.

Kata orang sup ketam nipah baik sebagai penawar denggi jadi pokcik cuba sahaja. Hasil dari misi mencari ketam nipah semalam.

Kalau malam semalam anak jantan pokcik yang nombor dua menemani adiknya. Malam ini pula giliran mamanya sendiri.. 

Esok sampailah ke malam esok giliran pokcik pula.. Siang-siang lagi pokcik dah maklum pada bos yang pokcik nak cuti.. Hari tu pokcik tak ambil cuti raya.. Boleh dikatakan setiap tahun pokcik tak ambil cuti.. Pokcik simpan cuti untuk sakit demam pokcik dan anak-anak atau masuk untuk 150 cuti pencen (ganjaran).

Ikut kata doktor kepekatan darah anak pokcik ni tidak stabil, kejap naik kejap turun. Doktor gunakan istilah 'kering' bila bercakap tadi. Itu yang merisaukan. 

Sepatutnya anak pokcik ni kena bertolak malam ni ke USIM Nilai.. Tapi apakan daya kesihatannya tidak mengizinkan.

Sup ketam nipah dah makan kini pokcik buat jus betik pula sebagai ikhtiar untuk menurun kepekatan darahnya.


2 ulasan:

Mek Zumbie berkata...

Pakcik kalau kat Sabah ni, penawar denggi ni pakai daun betik. Tapi ada caranya tu pakcik, ada jumlah yang betul. Tapi yang pulihkan semuanya dari Allah lah juga...Semoga anak pak cik cepat sembuh....

Warisan Petani berkata...

Semoga anak pokcik cepat sembuh.
Kesiannya dia beraya kat sepital.