Selasa, 11 Julai 2017

Kem UPSR Perdana 2017

Share it Please
Bermula hari ini sehingga khamis 13 Mei nanti berlangsungnya Kem Perdana UPSR Sifar Gagal 2017 yang diadakan di La Hot Spring, Hulu Besut.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kem ini bagi mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.


Objektif program motivasi ini adalah agar pelajar mengetahui cara dan teknik belajar berkesan, mengurus masa dengan berkesan, menilai sejauh mana persediaan menghadapi peperiksaan dan menambah kefahaman terhadap matapelajaran yang dipelajari.


Majlis yang bermula jam 10.00 pagi tadi telah dirasmikan oleh YBM Senator Hajjah Engku Naimah bt. Haji Engku Taib, Ahli Dewan Negara


1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Budak2 tahun 6 memang tengah struggle belajar.
Tak salah bulan September ni mereka peksa UPSR.
Muda2an semuanya berjaya.