Jumaat, 28 Julai 2017

Khamis, 27 Julai 2017

Sepagi di Lata Kolam

Pagi tadi pokcik bersama bos pokcik ke Lata Kolam. Atas urusan untuk melihat kawasan untuk perkhemahan kokurikulum sekolah.

Tempat cadangannya di Lata Kolam, berdekatan dengan La Hot Spring. Sekadar untuk berkongsi beberapa gambar yang sempat pokcik rakam tadi..






Continue Reading...

Raya lagi katanya

Walaupun Syawal telah berakhir tapi sahabat-sahabta pokcik ni tetap nak buat jamuan.. jamuan raya katanya. Cadangnya hendak dibuat pada hari terakhir pada bulan Syawal yang lepas tetapi memandangkan waktu tu poket masing-masing berada ditahap yang kritikal.. waktu tu kalau nak beli pun rasanya terpaksa pecahkan tabung.



Bila dah dapat gaji, maka hari ini telah dipilih sebagai harinya untuk kami buat jamuan kecil kat bilik guru. Alhamdulillah berkongsi rezeki, masing-masing buat kat rumah bawa ke sekolah.


Antara menu hari ini.. gambar bawah


Gambar bawah.. Ini menu yang pokcik bawa.. 'colek buah'.. Kuah rojak tu isteri pokcik yang  yang sediakan. Mereka ni kata kuah colek tu memang sedap. Sampai habis tadi mereka makan. 


Continue Reading...

Khamis, 20 Julai 2017

Masih lagi Raya..


Bulan Syawal berbaki beberapa hari lagi.. masih banyak agensi dan orang perseorangan yang membuat rumah terbuka. Hari ini pokcik dan sahabat-sahabat memenuhi undangan dari PDK FELDA Tenang.

Jam 11.00 pokcik sampai, jemputan baru mula memenuhi khemah jamuan yang disediakan.. Apa yang pokcik boleh katakan ialah sambutan secara sederahana berbanding tahun lepas tetapi masih lagi meriah. Rasanya masih adalah lagi jemputan yang akan diterima sebelum syawal berakhir.


Continue Reading...

Rabu, 19 Julai 2017

Selasa, 18 Julai 2017

Beautilicious Giveaway






JOIN BEAUTILICIOUS GIVEAWAY :

1. Tulis entry dengan tajuk BEAUTILICIOUS GIVEAWAY
2. ikuti syarat lain seperti entry SINI.
3. Letakkan link entry korang di SINI.


Continue Reading...

Segmen Bloglist Bulan Zulkaedah 1438H


Jom Join segmen ni...

Continue Reading...

Jumaat, 14 Julai 2017

Mencari lokan dan kepah


Petang tadi pokcik dengan isteri dan dua anak ke Setiu Wetland di Kampung Pengkalan Gelap dalam menjadi si mencari kepah dan lokan.


Dua minggu lalu pokcik kesini dalam misi mencari ketam nipah untuk anak pokcik yang terkena denggi. Bila pokcik kata nak kesini, anak anak cukup teruja. 

Anak pokcik ni hendak merasa bagaimana cara mencari lokan dan kepah.


Lagi teruja isteri pokcik.. kalau sebelum ini nak makan beli aje kat kedai. Hari ni barulah merasa nikmat mengeledah hutan nipah paya bakau. Bagaimana gatalnya gigitan nyamuk kat sini.


Untuk mencari ketam nipah ni, senjata utama kami ialah parang dan pisau. Caranya pisau ini ditikam ke dalam tanah dan ditarik  seperti letak pisau dan belah kek tu. Kalau ada bunyi seperti menyentuh batu.. itulah rezeki kami..lokanlah tu..


Waktu yang sesuai untuk mencari lokan ni ialah waktu air surut... terpaksa meredah bakau dan nipah.


Buah nipah, bukan anak sahaja yang kali pertama melihatnya..


Siput entah apakah namanya pokcik pun tak tau..


Seronok. selepas penat mencari kami menghabiskan bekalan yang dibawa.. tadi isteri pokcik masak nasi lemak. Bukan main berselera makan.



Inilah hasil yang pokcik dan keluarga dapat tadi.. Kata anak, minggu depan kita datang lagi





Continue Reading...

Khamis, 13 Julai 2017

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2


Jom Join Giveaway ni.. 

Continue Reading...

Memenuhi Undangan Majlis Hari Raya


Majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri belum sampai ke penghujungnya. Masih ramai lagi orang perseorangan, berkumpulan, syarikat korporat dan badan-badan kerajaan yang mengadakan majlis sambutan ini.

Tadi pokcik dan semua warga sekolah memenuhi undangan dari pihak pengurusan FELDA Tenang Besut ke Majlis Sambutan Hari Raya Warga FELDA.


Kalau hendak dibandingkan dengan sambutan tahun lalu, tahun ini sambutannya agak sederhana tetapi tetap meriah. Dipintu masuk dewan pelajar disambut dengan pemberian duit raya.



Waktu pokcik sampai tadi, lebih kurang pukul 11.30 pagi.. waktu puncak. orang ramai mula memenuhi dewan. Acara yang baru bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang.


Geng-geng pokcik ni memang tidak boleh tengok pokcik, bila tengok je mesti panggil pokcik untuk bergambar. Dah memang tugas pokcik, terbawa-bawa kemana-mana sahaja. Maaflah kawan-kawan wooii.. pokcik tak bawa kamera hanya henpon sahaja tapi mereka tetap tak kisah janji rakam sahaja.

Continue Reading...

Selasa, 11 Julai 2017

Kem UPSR Perdana 2017

Bermula hari ini sehingga khamis 13 Mei nanti berlangsungnya Kem Perdana UPSR Sifar Gagal 2017 yang diadakan di La Hot Spring, Hulu Besut.

Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha untuk memastikan para pelajar berjaya dalam peperiksaan tersebut. Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kem ini bagi mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar-pelajar kelas peperiksaan ini agar kecemerlangan dalam peperiksaan yang diimpikan setiap pelajar menjadi kenyataan.


Objektif program motivasi ini adalah agar pelajar mengetahui cara dan teknik belajar berkesan, mengurus masa dengan berkesan, menilai sejauh mana persediaan menghadapi peperiksaan dan menambah kefahaman terhadap matapelajaran yang dipelajari.


Majlis yang bermula jam 10.00 pagi tadi telah dirasmikan oleh YBM Senator Hajjah Engku Naimah bt. Haji Engku Taib, Ahli Dewan Negara


Continue Reading...

Isnin, 10 Julai 2017

Saya Nak Duit Raya by Opzzpinky


Nak..nak duit raya ni, jom join giveaway ni.

Continue Reading...

Mini Giveaway : Duit Raya"



Jom join giveaway ini.. klik banner
Continue Reading...

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Bermula 9 Julai 2017 dan tamat pada 19 Julai 2017. Jom Join.. 



Continue Reading...

Sabtu, 8 Julai 2017

Bersarapan dengan waffle


Pagi ini pokcik terpaksa berkejar ke kedai kecil kami di bandar Jerteh. Khabarnya isteri terpaksa ke Pasir Puteh Kelantan kerana bermesyuarat dengan geng geng usahawan dia.

Sebelum ini pokcik tak ambil kesah pun tentang kedai ini, jadi tadi kena belajarlah sedikit sebanyak macam mana nak buat waffle ni, cara nak sediakan jagung dan banyak perkara lagi. 

Bab mengurus dan merancang ekonomi ni isteri pokcik lebih hebat dari pokcik.. Pokcik serah pada dia..

Waffle pokcik dah masak, pokcik nak makan dulu...



Continue Reading...

Jumaat, 7 Julai 2017

Nasib baik tidak berkulat

Agak lama fix lens 50mm nikkor 1.8 terbiar, tadi tergerak dihati mengeledah beg kamera yang sentiasa pokcik sandang ke hulu ke hilir suatu masa dahulu.

D200 yang sentiasa pokcik guna suatu masa dulu pun rasanya dah agak lama terabai. Semenjak dua menjak ni pokcik agak kurang menggunakan DSLR. Pokcik lebih banyak guna henpon je.. senang.

D70 pokcik dah masuk muzium nak dibaiki rasanya dah tak berbaloi. Pokcik banyak guna D60.. Alhamdulillah fix lens ni tidak berkulat..

Tapi bila tengok hasil dari D200 guna lens 50mm macam cantik je..Semuanya nikon keluaran dahulu, waktu pokcik tengah menggila dengan kamera.. Sekarang ni tidak terkejar dengan siri yang keluar.. Semuanya perlukan duit yang banyak..

Dibawah ni beberapa keping gambar dari D200 lens 50mm.

 tanpa crop

  tanpa crop



  tanpa crop






tanpa crop

Continue Reading...

Salam Jumaat


Continue Reading...

Khamis, 6 Julai 2017

Gambar hari raya

Hari ni kat sekolah pokcik buat majlis sambutan hari raya.. sederhana tapi meriah.

Pokcik belanja dua tiga keping gambar majlis sambutan tersebut.. "cintai bahasa kita".















Continue Reading...