Selasa, 13 Jun 2017

Sambung daftar perniagaan


Pagi tadi pokcik bersama isteri ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kota Bharu. Pejabatnya ditingkat dua bangunan pasaraya Billion tu. Sudah dua hari lesen pendaftaran perniagaan isteri pokcik tamat tempoh. Kos sambung untuk satu tahun RM60.00 campur dengan denda lebih tempoh dua hari RM20.00 dan upah print RM10.00. 

Selesai urusan penyambungan lesen tu pokcik berserta isteri masuk pasaraya sekejap mencari sehelai dua baju untuk dipakai petang raya nanti sebab baju raya tu dah beli yang ni cuma cari t'shirt je.

Berkebetulan pula berada disini pokcik terus ke Hospital Sultanah Zainab II, melawat anak sepupu pokcik yang terjatuh dari tingkat empat bangunan kuarter guru hari tu.Kesian pokcik memandangnya. Masih belum sedarkan diri. Dari makluman sepupu pokcik ada sedikit pendarahan didalam kepala, darah didalam paru-paru sudah dikeluarkan...  Semoga sepupu pokcik dan isteri bertabah hati... dan semoga anaknya kuat semangat...


4 ulasan:

Mrs Pip berkata...

Semoga anak sepupu pokcik cepat sembuh....

Mrs. A berkata...

Semoga sepupu pokcik tabah menghadapi dugaan ini.

Buat anak beliau semoga Allah kurniakan apa yang terbaik buat dirinya.

Warisan Petani berkata...

MasyaAllah.
Semoga anak sepupu pokcik selamat dan akan sembuh seperti sedia kala.

Nor Azimah berkata...

Masya Allah, mcmana boleh terjatuh tu.
Salam takzish ye pokcik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates