Ahad, 11 Jun 2017

Pada entri yang lalu

Pada entri Rezeki Hari Kedua 2014 pokcik ada cerita pasal pokcik dapat pembayaran penuh pada satu projek.. mungkin agaknya entri ini agak tergantung dan sudah tentunya menjadi tanda soal.

Sebenarnya pokcik malaslah nak cerita panjang pasal hal tu... tiba-tiba tergerak hati ingin mengungkit cerita yang telah karat marat tu. Ceritanya begini, pokcik dapat satu projek menambun jalan .... alaaa, jalan kampung je. Jadi pada Hari kedua 2014 tu pokcik dapat pembayaran penuh dari projek menambun jalan tu.. bila tolak kos upah dan sebagainya dapatlah sedikit pada pokcik...

Bahagian yang sedikit tu cadangnya pokcik nak belilah Sijil Simpanan Nasional manalah tau kot-kot ada rezeki pokcik... kayalah pokcik tapikan sampai kini pokcik dok koya lagi..Tak pernah naik-naik..Satu hari tu pokcik dah boring menunggu. Lagi pun pokcik sangat perlukan duit hari tu... maklumlah untuk kegunaan anak-anak belajar... Pokcik tak tau nak dapatkan duit kat mana, tiba-tiba teringatkan sijil ini... Nasib baiklah ada sijil ini. Pokcik bukan kaya, kerja hanya pemotong rumput kat sekolah dan bila balik ke rumah pula berkebun sayur untuk menampung hidup mencari sedikit duit tambahan bagi mengisi minyak motor untuk ulang alik sekolah...

Disaat-saat memerlukan duit.. Alhamdullillah kertas itu terpaksa pokcik tukarkan menjadi tunai..Biarlah impian untuk mejadi Jutawan, hartawan atau milionarwan SSPN tidak tercapai asal hasrat anak tertunai..

Alhamdulillah segalanya untuk anak-anak...

4 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Alhamdulillah...kaya itu tidak semestinya dengan wang..anak-anak yang ada itu juga harta kekayaan...

Warisan Petani berkata...

In syaa Allah, Allah akan gantikan harta itu kepada nikmat yang lain.

Normala Saad berkata...

Untuk anak memang kita sentiasa bergolok gadai. InsyaAllah rezeki Allah luas dan banyak...lain hari ada lagi.

Mar Mansor berkata...

in sha Allah ada rezeki lain nanti pokcik
JanjiKita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates