Jumaat, 30 Jun 2017

Dalam misi mencari ketam nipah

Share it Please
Dalam misi mencari ketam nipah untuk penawar denggi anak pokcik.. pagi tadi pokcik telah ke Gong Batu dan Pengkalan Gela Setiu, lebih kurang 25km dari rumah pokcik.


Sebelum ke gerai jualan yang terletak dijalan utama yang menghubungkan Kampung Raja - Kuala Terengganu pokcik memenuhi permintaan anak perempuan pokcik yang ingin sangat melihat Boardwalk Setiu yang terletak di Kampung Pengkalan Gelap Setiu. Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Setiu Wetland.



Untuk sampai ke lagun, kami menapak lebih kurang 500 meter jugalah diatas laluan yang disediakan.



Sepanjang laluan ini, dapatlah juga anak pokcik mengenal tumbuhan dan hidupan yang ada tepi laluan ini.


"yang ni pokok nipah pucuknya orang buat daun rokok.. yang ni pula pokok bakau.. ini siput belitong... yang ni..yang ni..." begitulah lebih kurangnya pokcik menjawab setiap pertanyaan dari anak pokcik..


Memang cantikkan lagun ini.. Waktu pokcik muda-muda dulu. Sekitar kawasan ini merupakan medan pancingan pokcik.. Ikan yang menjadi idaman pemancing biasanya siakap dan kerapu.


Selain dari memancing tempat ini juga menjadi tumpuan penduduk sekitar bagi mencari kerang dan lokan.


Jarak 500 meter tu jauh jugakan.. penat tu taklah penat saja pokcik  nak rehat atas buaian yang tersedia.


Jeng..jeng..jeng.. misi mencari ketam nipah sebagai penawar denggi anak pokcik berjaya juga.. Dengan harga RM28 bagi 11 ekor ketam.. 


Ketam ni ada tiga kategori harga.. Yang besar RM42/kg, sedang RM35 dan kecil RM30/kg... yang pokcik beli tadi termasuk dalam kategori kecil dan tidak cukup sekilo tu yang dapat RM28..

Yang pastinya anak pokcik nak datang lagi sini.. katanya nak cari kerang pula.

Tiada ulasan: