Jumaat, 30 Jun 2017

Dalam misi mencari ketam nipah

Dalam misi mencari ketam nipah untuk penawar denggi anak pokcik.. pagi tadi pokcik telah ke Gong Batu dan Pengkalan Gela Setiu, lebih kurang 25km dari rumah pokcik.


Sebelum ke gerai jualan yang terletak dijalan utama yang menghubungkan Kampung Raja - Kuala Terengganu pokcik memenuhi permintaan anak perempuan pokcik yang ingin sangat melihat Boardwalk Setiu yang terletak di Kampung Pengkalan Gelap Setiu. Kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Setiu Wetland.



Untuk sampai ke lagun, kami menapak lebih kurang 500 meter jugalah diatas laluan yang disediakan.



Sepanjang laluan ini, dapatlah juga anak pokcik mengenal tumbuhan dan hidupan yang ada tepi laluan ini.


"yang ni pokok nipah pucuknya orang buat daun rokok.. yang ni pula pokok bakau.. ini siput belitong... yang ni..yang ni..." begitulah lebih kurangnya pokcik menjawab setiap pertanyaan dari anak pokcik..


Memang cantikkan lagun ini.. Waktu pokcik muda-muda dulu. Sekitar kawasan ini merupakan medan pancingan pokcik.. Ikan yang menjadi idaman pemancing biasanya siakap dan kerapu.


Selain dari memancing tempat ini juga menjadi tumpuan penduduk sekitar bagi mencari kerang dan lokan.


Jarak 500 meter tu jauh jugakan.. penat tu taklah penat saja pokcik  nak rehat atas buaian yang tersedia.


Jeng..jeng..jeng.. misi mencari ketam nipah sebagai penawar denggi anak pokcik berjaya juga.. Dengan harga RM28 bagi 11 ekor ketam.. 


Ketam ni ada tiga kategori harga.. Yang besar RM42/kg, sedang RM35 dan kecil RM30/kg... yang pokcik beli tadi termasuk dalam kategori kecil dan tidak cukup sekilo tu yang dapat RM28..

Yang pastinya anak pokcik nak datang lagi sini.. katanya nak cari kerang pula.

Continue Reading...

Khamis, 29 Jun 2017

Suspect denggi


Malam ini, pokcik menemani anak lelaki ketiga pokcik di Hospital Jerteh. Anak pokcik disyaki denggi.. itu kata doktor..

Setahu pokcik area kampung pokcik ni tiada lagi yang terkena demam ni... Yang pokcik tahu anak pokcik ni pulang sehari sebelum raya.. masuk hari kedua terus demam.

Anak pokcik ni belajar kat USIM Nilai,  dan menginap kat kediaman sana.. malam ahad nanti katanya nak kembali semula kesana..

Harap-harap anak pokcik ni cepat sembuh.


Continue Reading...

Rabu, 28 Jun 2017

Buah balik angin


Semalam pokcik upload kat facebook gambar atas (maaf gambar kurang jelas) dengan status 'sedap terlajok buah ni, kalu makan belalak anak mata. tak dok hok hitam'. Jadi ramai juga sahabat-sahabat pokcik yang bertanya buah apakah ini.

Sebenarnya ini adalah buah dari pokok balik angin atau nama botaninya Mallothus biaceae... tu pun tau selepas baca kat wikipedia.. pokok balik angin ini tumbuh di sekeliling kampung terutama ditanah yang baru diterokai.

Setahu pokcik buah ni orang tak makan, burung dan tupai pun tak terliur nak makan.. kalau makan juga tak tahulah kesannya kat badan kita manusia ni.. pokcik pun tak terasa nak cuba makan buah ni.. 

Tapi pokok ini ada khasiatnya. Dulu arwah datuk pokcik pernah menggunakan bahagian pokok ini bagi tujuan pengubatan. Bahagian yang digunakan adalah daun bagi tujuan mengobati sakit perut (mulas), perut masuk angin atau kembung. 

Caranya adalah ambil dua tiga helai daun ini berserta dengan sedikit halia dan sedikit beras dihancur/digiling/ditumbuk lalu dilumur pada kulit perut... In Sha Allah dapat sedikit sebanyak melegakan kesakitan.

Continue Reading...

Selasa, 27 Jun 2017

Pencarian 3 Month Bloglist by Auni Liyana

Tarikh : 22/06/2017 - 15/07/2017

Seramai 5 blogger yang bertuah akan menjadi Bloglist Auni Liyana dan akan direview blognya. 

Continue Reading...

Ahad, 25 Jun 2017

Maaf zahir dan batin


Dihari yang mulia ini, pokcik ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada rakan blogger. Semoga kita dilimpahi rahmat, keberkatan, kesihatan yang baik.. dilapangkan hati dan dimurahkan rezeki

Continue Reading...

Khamis, 22 Jun 2017

Majlis Penyampaian Duit Raya

Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Duit Raya untuk pelajar-pelajar sekolah pokcik.. Majlis diadakan  di mussola sekolah pada jam 10.00 pagi. Duit ini merupakasn sumbangan guru-guru, kakitangan sekolah dan pekerja swasta sekolah.

Selesai sudah majlis jadi pokcik nak belanjalah sekeping dua gambar untuk tatapan rakan-rakan blogger. Lihatlah keriangan diwajah anak-anak ini..










Continue Reading...

Isnin, 19 Jun 2017

MALAYSIA #QURANHOUR SATU JAM

“Satu jam, 10 juta orang membaca AL-QURAN serentak. Membentuk gelombang. Nikmatnya Ngaji & Tadabbur AL-QURAN.”

Mari kita bersama-sama meluangkan masa selama satu jam membaca AL-QURAN serentak secara bersendirian, berdua atau berkumpulan. Tidak kira di rumah, di sekolah, di pejabat, masjid, di R&R, taman atau mana sahaja.








Continue Reading...

Di Desa Kasihku Tertumpah - #MoodRaya

Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut hari raya aidil fitri.. dibulan yang mulia ini kita sama-sama perbanyakkan amalan-amalan mulia.. zakat fitrah dilupa jangan.

Sambil-sambil buat kerja tadi telinga melayan corong radio diatas kepala. Dah nak dekat raya nikan macam-macam lagu raya yang berkumandang.. mood raya tiba-tiba menjelma dalam hati.

Tapi yang lebih menarik perhatian pokcik bila lagu Di Desa Kasihku Tertumpah nyanyian Dato' DJ Dave... teringat zaman muda dulu, masa tu bermusafir dinegeri orang.. rasa rindu sangat pada kampung halaman.. hayati liriknya




Di Desa Kasihku Tertumpah

Saujana mata memandang
Kehijauan sawah terbentang
Tenangnya sungai mengalir
Perahu nelayan ke hilir

Beburung terbang berkicau riang
Pepohon melambai-lambai
Indahnya bumi bertuah
Di sini kasih tertumpah


Malangnya di sana sini
Ibunda di rumah menanti
Hanya ayah tua yang bekerja
Anak muda ke kota

Tinggalkan ku di desa
Hibanya rasa di hati
Teman dan rakanku menghilang diri
Walaupun hidup sendiri

Kekasih pun turut tergoda
Ketenangan desa ku menanti
Kesepian tak ku hiraukan
Sungguhpun kota mu indah


Di desa kasih ku tertumpah
Pulanglah bila bercuti
Ibunda di rumah menanti
Saksikanlah subur ladang ku

Yang setia menunggu ku
Hanya ayah tua yang bekerja
Malangnya di sana sini
Anak muda ke kota

Kesepian tak ku hiraukan
Hibanya rasa di hati
Teman dan rakanku menghilang diri
Kekasih pun turut tergoda


Walaupun hidup sendiri
Tinggalkan ku di desa
Yang setia menunggu ku
Sungguhpun kota mu indah


Di desa kasih ku tertumpah
Pulanglah bila bercuti
Saksikanlah subur ladang ku
Ketenangan desa ku menanti

Continue Reading...

Ahad, 18 Jun 2017

Express Kad Raya GA by Nina



Jom Join Ramai - Ramai sebelum terlewat
GA bersiaran dari 16 - 18 Jun 2017 (6 PM)
Continue Reading...

Selasa, 13 Jun 2017

Sambung daftar perniagaan


Pagi tadi pokcik bersama isteri ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Kota Bharu. Pejabatnya ditingkat dua bangunan pasaraya Billion tu. Sudah dua hari lesen pendaftaran perniagaan isteri pokcik tamat tempoh. Kos sambung untuk satu tahun RM60.00 campur dengan denda lebih tempoh dua hari RM20.00 dan upah print RM10.00. 

Selesai urusan penyambungan lesen tu pokcik berserta isteri masuk pasaraya sekejap mencari sehelai dua baju untuk dipakai petang raya nanti sebab baju raya tu dah beli yang ni cuma cari t'shirt je.

Berkebetulan pula berada disini pokcik terus ke Hospital Sultanah Zainab II, melawat anak sepupu pokcik yang terjatuh dari tingkat empat bangunan kuarter guru hari tu.Kesian pokcik memandangnya. Masih belum sedarkan diri. Dari makluman sepupu pokcik ada sedikit pendarahan didalam kepala, darah didalam paru-paru sudah dikeluarkan...  Semoga sepupu pokcik dan isteri bertabah hati... dan semoga anaknya kuat semangat...


Continue Reading...

Ahad, 11 Jun 2017

Pada entri yang lalu

Pada entri Rezeki Hari Kedua 2014 pokcik ada cerita pasal pokcik dapat pembayaran penuh pada satu projek.. mungkin agaknya entri ini agak tergantung dan sudah tentunya menjadi tanda soal.

Sebenarnya pokcik malaslah nak cerita panjang pasal hal tu... tiba-tiba tergerak hati ingin mengungkit cerita yang telah karat marat tu. Ceritanya begini, pokcik dapat satu projek menambun jalan .... alaaa, jalan kampung je. Jadi pada Hari kedua 2014 tu pokcik dapat pembayaran penuh dari projek menambun jalan tu.. bila tolak kos upah dan sebagainya dapatlah sedikit pada pokcik...

Bahagian yang sedikit tu cadangnya pokcik nak belilah Sijil Simpanan Nasional manalah tau kot-kot ada rezeki pokcik... kayalah pokcik tapikan sampai kini pokcik dok koya lagi..Tak pernah naik-naik..Satu hari tu pokcik dah boring menunggu. Lagi pun pokcik sangat perlukan duit hari tu... maklumlah untuk kegunaan anak-anak belajar... Pokcik tak tau nak dapatkan duit kat mana, tiba-tiba teringatkan sijil ini... Nasib baiklah ada sijil ini. Pokcik bukan kaya, kerja hanya pemotong rumput kat sekolah dan bila balik ke rumah pula berkebun sayur untuk menampung hidup mencari sedikit duit tambahan bagi mengisi minyak motor untuk ulang alik sekolah...

Disaat-saat memerlukan duit.. Alhamdullillah kertas itu terpaksa pokcik tukarkan menjadi tunai..Biarlah impian untuk mejadi Jutawan, hartawan atau milionarwan SSPN tidak tercapai asal hasrat anak tertunai..

Alhamdulillah segalanya untuk anak-anak...
Continue Reading...

Khamis, 8 Jun 2017

Doakan anak sepupu pokcik selamat



Semalam, selepas berbuka puasa. Pokcik mendapat panggilan telefon dari sepupu pokcik yang mengatakan anak ketiga abangnya mendapat kemalangan dan sedang berada di Unit Kecemasan hospital.

Pokcik terus kesana.. dan bila berada disana baru jelas cerita sebenar. Anak sepupu pokcik ini terjatuh dai ketinggian aras lima kuarters guru. Kisahnya terjadi jam 6.30 petang bila anak-anak kecil ini naik bermain diaras tersebut. Biasalah anak-anakkan, Baru Tahun satu umur tujuh tahun.. apalah sangat yang mereka tahu tentang keselamatan diri..

Terjatuh dalam keadaan mengiring, sebelah kiri semuanya patah... masa pokcik masuk menjeguk darah masih lagi keluar dari telinga sebelah kiri. Jam 10.00 semalam telah dipindahkan dari Hospital Jerteh ke Hospital Kota Bharu untuk melakukan pembedahan..

Doakan anak sepupu pokcik selamat..

Continue Reading...

Selasa, 6 Jun 2017

MUST LOVE GIVEAWAY BY AUROMA SCENTS



Tarikh tamat Giveaway ni ialah 11 june 2017. 
Pemenang akan diumumkan pada 12/13 june 2017. Jom join...

Continue Reading...

Jumaat, 2 Jun 2017

Kunjungan sahabat ke kebun

Petang tadi, kebun pokcik dikunjungi oleh En. Azmi sahabat (merangkap kaum kerabat) pokcik dialam maya dan alam nyata. Setelah sekian lama dia menyatakan hasrat untuk melawat kebun ini.

Berkebetulan pula bayam yang pokcik tanam sedang sesuai untuk dituai. jadi tidaklah dia balik dengan tangan kosong.. sebagai kenangan dua warna bayam tu pokcik bagi dekat dia... secekak tiap satu..


Continue Reading...