Khamis, 25 Mei 2017

Selesai sudah sesi pendaftaran anak..

Selesai sudah sesi pendaftaran anak ketiga pokcik ddi USIM Nilai, Negeri Sembilan. Anak jantan pokcik ni dapat Tamhidi Sains dan Teknologi. 

Sesi pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Dalam dok menunggu anak jantan pokcik mendaftarkan dirinya, pokcik kepingin sangatlah nak mengabadikan diri dengan mercu tanda USIM ni bila tengok mereka yang lain seronok bergambar.

 
Jam 9.00 pagi anak selesai mendaftarkan diri.  Bertolak pula ke tempat kediamannya, yang mana rasanya selama setahun mereka akan menginap disini.. Selesai urusan disini, jam 11.00 pagi. Tinggalkan anak yang dah biasa berdikari. Bertolak balik ke rumah pokcik dari Nilai dengan hanya satu kali berhenti rehat. Itu pun di R & R Gua musang utk makan. 

Sampai dirumah, pokcik ditegur oleh emak.. bayangkanlah pokcik bertolak jam 6.00 petang pada 24 mei dan terpacak kat rumah jam 6.30 petang 25 mei.. 24 jam setengah.. "kerja gila ni kata adik pokcik.
"Dah tido empat jam" kata pokcik.. memang betullah dah tido tapi pening pening tu terasa masih ada.. Rasa-rasanya pokcik nak tido dulu lah..SALAM RAMADHAN untuk blogger sekelian.

2 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

Salam Ramadhan Pokcik.
Selamat menuntut ilmu untuk anak Pokcik juga ya..

Aiman Salleh berkata...

jejalan sini pokcik.

saya pun bru habis tamhidi sains teknologi. bulan 9 nnti msuk degree la kat usim jgak hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates