Rabu, 10 Mei 2017

Hasil dari hobi #35 - Aktiviti berkebun cuti hari wesak

Hari cuti sentiasa dinanti oleh pokcik. Bukan sebabnya hendak pergi melancong makan angin atau seangkatan dengannya. Anak-anak pun dah besar, dia orang dengan aktiviti memasing. Yang ada bersama pun anak bongsu perempuan pokcik dan yang keempat baru berusia empat belas tahun Langkah belum panjang kata orang..  Isteri pula dibandar menguruskan kedai kecil kami.
Pokcik yang kat rumah ni dengan aktiviti berkebun pokcik... cadangnya hari ini nak tanam benih kangkung empat batas (gambar dibawah tu) sementara lima batas dibelakang sana tunggu waktu untuk tuai bila cukup 20 hari, kalau tak silap pokcik pada 17 mei ni..

Sistem ni pokcik guna supaya sentiasa ada bekalan kangkung untuk dipasarkan..barulah belanja dapur pokcik sentiasa ada.. Hari tu pokcik hantar kat pemborong 10kg, duit tu belum lagi pokcik ambil dari pemborong yang merupakan kawan pokcik. Entah berapalah dapatnya.



Cara ni sahabat pokcik tersebut yang ajarnya. Dia nasihatkan pokcik supaya tanam kangkung sahaja. Kangkung 20 hari menjadi kegemaran restoran masakan panas kerana daun dan batangnya yang lembut. Banyak tip yang pokcik pelajari dari sahabat ini.

Gambar bawah batas kangkung pokcik bersihkan, seminggu sebelum tu pokcik taburkan tinja ayam yang pokcik dapat dari penternak ayam pedaging. Pokcik  ratakan batas tersebut dan buat alor kecil melintang dibatas dengan menggunakan papan.

 

Alor dibatas tersebut pokcik letakkan biji biji kangkung. Kalau sebelum ni pokcik pakai tabur je atas batas lagi cepat dan senang berbanding dengan cara ini. Tapi cara tersebut ada masalahnya walau pun cepat. 

1.  Taburan kangkung tidak serata, ada tempat yang padat dan ada yang jarang.
2.   Pokok kangkung tidak sama rata membesar, ini merugikan bila tempoh 20 hari dituai.

Cara ini adalah lebih baik dari cara tabur yang pokcik buat sebelum ini walaupun agak lambat.. Gambar dibawah tu, kangkung tumbuh sekata.
 
Gambar bawah. Empat batas lagi yang pokcik tabur dengan tinja ayam dan menanti tujuh hari lagi untuk pokcik kejakan. Ini semua supaya kangkung yang pokcik nak pasarkan tu tidak terputus dan sentiasa ada..
  
Gambar bawah. Yang berasap tu pokcik bakar sarang telur, tujuannya adalah untuk menghalau nyamuk. Kalau tidak dibuat asap tidak selesa pokcik untuk berkerja dikebun ni.. Hari ni memang cukup baik kerana cuaca mendung memanjang disebabkan hujan yang lebat sehari sebelumnya.. Alhamdulillah rezeki pokcik.. doakan pokcik sentiasa sihat untuk berkebun.. bertani.
 

3 ulasan:

Mrs Pip berkata...

wah.... seronoknya berkebun ..
suami saya pun suka berkebun,
tapi untuk makan sendiri2 sajalah ...
nak menjual tu, tanah tak cukup besar untuk bertanam.
seronok bila dpt makan hasil tanaman sendiri :)

Warisan Petani berkata...

Usaha tani yang hebat.
Semoga sentiasa suksess.
Semalam pun WP seharian di kebun/dusun.
Pokok durian tengah berbunga sekarang.

Normi Nieza berkata...

Singgah blog pcik😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates