Rabu, 17 Mei 2017

Gambar Hari Rabu #28 - Belalang besar

Share it Please

Belalang besar ni sempat pokcik rakam datang bertenggek pada batang pokok bendi ditepi pagar kebun sayur. Belalang ni tiada sayap hanya mempunyai kaki yang panjang sahaja. Rasa pokciklah, kemungkinan belalang ni baru bersalin kulit atau sebagainya.. pokcik pun tak tau lah pasal hal ni (bukan kepakaran pokcik). 

Belalang ni antara serangga yang datang memakan tanaman pokcik tapi bukan pemusnah, sebabnya dalam jumlah yang sedikit. Kalau banyak rasanya memang dah musnah tanaman pokcik ni..

Hanya gambar murai, merbah dan ketitir yang pokcik tak dapat rakam kerana. Katakan nak rakam nak masuk dekat pun jauh sekali. Kalau dulu pokcik dapatlah juga zoom dengan lens 300mm. Tapi sekarang lens tu dah rosak. Kesian den..

3 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Ni sebenarnya anak belalang kunyit Pokcik.
Kepaknya belum tumbuh lagi.
Akan bertukar warna kuning apabila dewasa.

Pokcik Blogger berkata...

Ooo..ye ke..bagus lah WP. Pokcik bab serangga ni bukan tau sangat.

Normala Saad berkata...

Suka makan pucuk pokok belalang ni..