Rabu, 12 April 2017

Serangga Perosak

Share it Please

Masalah utama dalam penanaman tidak kiralah tanam sayur, tanaman kontang, tanaman buahan atau pun tanaman komoditi adalah serangan dari serangga perosak.

Selain dari ulat, api-api dan belalang. 'Kesing' serangga didalam gambar diatas (dalam superfamili Pentatomoidea) adalah musuh utama tanaman sayuran pokcik. Serangga ini akan menyerang dan menghisap air atau zat terutamanya pada bahagian batang sayuran kangkung menyebabkan bahagian tersebut menjadi seperti hangus dan akhirnya menjadi layu dan mati.

Memandangkan pokcik tidak menggunakan racun kimia hanya menggunakan racun organik buatan sendiri. Agar sukar untuk membunuh serangga ini kerana racun organik buatan sendiri pun tidak dapat menghalau kesing dari tanaman kangkung.

Pilihan pokcik adalah dengan mengutip serangga ini dan membunuh dengan tangan walaupun agak sedikit zalim pada pandangan.

2 ulasan:

Normala Saad berkata...

Dulu2 saya tak tahu lansung kesing ni merbahayakan tanaman. Saya memang tak pernah sentuh lansung depa ni biar bertelur beranak pinak. Sekali baru perasan pokok bunga saya mati bila binatang ni banyak berkumpul dibatang pokok. Sekarang kalau jumpa terus bunuh.

sharminie zainul abidin berkata...

saya pun jenis blur bab berkebun. mujur la skang zaman cyber. boleh la try n error mana2 tips yg dikongsi. nice article!