Ahad, 2 April 2017

Jamuan Kejiranan

Share it Please

Sejak dua menjak ni pokcik kurang update cerita kat sini. Kalau pokcik update pun tentunya cerita kebun sawi pokcik tu. Tiada cerita lain lagi selain cerita itu. Hobi berkebun yang cukup mendatangkan hasil.

Bila diri ini dah terasa semakin tua, hendak kesana sini terasa masa cukup mencemburui kerana kadang-kadang terpaksa mengikut jadual anak-anak.



Bila jiran pokcik datang kerumah minta sumbangan untuk mengadakan majlis bakar ayam untuk kejiranan kami yang rumahnya lima enam buah ini. (dalam satu Kampung Induk) yang anak-anak kami gelarkan kejiranan Kubang Kucing  sempena tempat kami tinggal. Sejarahnya dulu kawasan ini dipangil dengan nama ini sempena dengan sebuah kubang yang sentiasa dikunjungi oleh kucing hutan untuk minum air.



Ramai anak-anak jiran termasuk anak-anak pokcik yang menguasai majlis ini dengan gembiranya. Bila tengok kiri kanan hanya pokcik dan rakan pokcik sahaja yang lebih tua. Kalau dulu, dua tiga tahun lepas tangga rumah jiran ini penuh dengan suara-suara emak dan bapa-bapa kami. Kini tiada lagi generasi tua hanya pokcik dan rakan pokcik sahaja yang tua.

2 ulasan:

Jia Rizaira berkata...

Sekarang ni susah nak buat aktiviti macam ni dengan jiran tetangga. Masih2 sibuk dgn hal masing2. Rindu lak zaman dulu2 masa tinggal di kampung.

Normala Saad berkata...

Saya & kawan2 setaman masih meneruskan acara 'makan2' ini setiap bulan. Selalunya kami 'kelah' ramai2 makan nasi malam. Pakat bawa lauk sorang sikit atau apa yang ada. Cara ini mengeratkan perhubungan kami kerana masing2 sibuk bekerja dan selalunya kurang masa untuk berbual.