Khamis, 23 Mac 2017

Layu


Layu. Itulah yang terjadi pada sawi pokcik bila menjelang waktu tengahhari terutamanya pada waktu antara jam 1.00 petang hingga 4.00 petang. Hampir dua minggu panas berpanjangan tanpa tanda-tanda hendak hujan menyebabkan tanah menjadi kekeringan. 

Walaupun tanaman ini disiram pada waktu pagi tapi bila menjelang  ke petang sawi ini menjadi layu hampir kekeringan dan kembali menjadi segar bila disiram air.

Untuk mengatasi,  nampaknya terpaksalah pokcik berbelanja sedikit dengan membeli peralatan untuk memasang sprinkler atau sahabat pokcik sebut 'air pusing'. Itulah caranya untuk pokcik memsatikan kesegaran sayuran ini walaupun sebagai hobi tapi sedikit sebanyak ia telah memberi pendapatan sampingan buat pokcik. 

Jadi apa salahnya kalau keluar sedikit belanja kerana dalam perncangan pokcik tapak ini akan pokcik kekalkan sebagai tapak tanaman sayuran dan mungkin akan 'upgrade' lagi penggunaannya.


1 ulasan:

Normala Saad berkata...

Teruk layunya ya Pokcik. Kat tempat saya dah mula hujan lebat dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates