Rabu, 8 Mac 2017

Hasil dari Hobi #33- Tanam dengan kasih sayang

Share it Please
Bila pokcik post gambar kebun sawi pokcik dalam facebook, ramai rakan-rakan dalam FB pokcik yang minta tip untuk bertanam sawi. Macam screenshot kat bawah tu. Dia orang kata sawi pokcik ni subur dan minta panduan tentang penanamannya.

'Tanamlah dengan kasih sayang' tulah jawaban ringkas pokcik. Maksudnya bila kita sayang pada sesuatu tentu kita akan menjaganya dengan sesungguh hati. Menjaga pembajaannya dan penyiraman air pada batas sawi.


Lagi satu, Sawi ni cukup cerewet perlukan perhatian dan penelitian. Sawi ini pokcik tidak gunakan baja kimia dan racun. Untuk menghalau serangga terutama belalang pokcik sembur dengan air bawang putih. 

Satu hari tu, pokcik kisar bawang putih dan lada/cili dan mungkin disebabkan terlebih lada/cili menyebabkan dan daun sawi pokcik menjadi layu/kecut. Itu merupakan satu pengalaman berharga buat pokcik.

Sementara baja pula pokcik tidak guna baja kimia, untuk permulaan tanaman. Batas tu pokcik tabur dengan tahi ayam proses yang pokcik dapat dari pesawah kat kampung pokcik ni dan baja siraman buatan sendiri bila anak sawi mula dipindahkan kebatas tanaman. Yang penting "tanam dengan kasih sayang'.

3 ulasan:

Siti Rohaida Yusof berkata...

memang nampak kesuburan sayur-sayur pakcik tu...teringin nak berkebun..tapi...macam banyak tapi dia...hehe

~ Kisahsidairy~

mama 3farhanah berkata...

Seronoknya ada laman yang luas, boleh bercucuk tanam.
dapat berjimat dan jugak mengeluarkan peluh

Normala Saad berkata...

Luasnya kebun...