Selasa, 14 Mac 2017

Buat duit dengan tanam sayur

Share it Please

Sawi dan kangkung menjadi pilihan utama dalam menu masakan malaysia dan mendapat permintaan yang tingi dipasaran. jangkamasa tanaman yang singkat menyebabkan pokcik menjadikan sawi dan kangkung sebagai tanaman pilihan diruang yang sempit. Tanah seluas satu lot tapak rumah dan memuatkan sehingga 35 batas kecil


Berbanding sawi, kangkung lebih mudah ditanam dan jangkamasa tuaian yang lebih cepat iaitu antara 35-40 hari. Sawi pula antara 40-45 hari dan memerlukan perhatian serta penjagaan yang lebih teliti. Sepanjang pemerhatian pokcik serangga terutama belalang dan ulat lebih mengemari daun sawi berbanding daun kangkung. 

Kangkung darat menjadi pilihan pokcik berbanding kangkung air kerana permintaan yang tinggi dari rakan-rakan sementara sawi kampung menjadi pilihan kerana rasanya lebih manis.


Pasaran pokcik tentu sahaja pada rakan-rakan guru dan sahabat-sahabat yang bertugas disekolah dan ada juga permintaan dari sahabat yang bertugas disekolah lain.

Sekurang-kurangnya pokcik dapat jimat perbelanjaan dapur dan juga dapat tambah pendapatan. Sehari dua ni sawi dan kangkung pokcik baru dapat dituai dan pada hari tuaian yang pertama pocik dapatlah sikit walaupun tak sampai seratus. Hati cukup senang rasa macam pergorbanan selama 30-40 hari tu berbaloi. Itu baru sahaja pada tuaian yang pertama. 

Ada rakan-rakan yang sanggup awal-awal lagi nak bagi duit pendahuluan walaupun sawi dan kangkung itu belum lagi dituai bila mereka tahu pokcik tidak menggunakan racun dan baja kimia dan tanaman ini. 

Kali ini memang betul menjadi buat duit dengan sayuran walaupun tidaklah sebanyak mana dengan ruang yang sempit dan masa yang terhad. Aktiviti pokcik lakukan hanya sejam setengah setiap hari pada hari berkerja bermula dari jam 5.30 - 7.00 dan masa yang lebih panjang dihai cuti. Hobi yang mendatangkan hasil.

1 ulasan:

Mas Zull berkata...

assalamualaikum PB...wah !! seronoknya tengok sayur pokcik ni...bagi petua sikit pokcik...:)