Ahad, 5 Februari 2017

Program Jom Ke Sekolah

Share it Please
Pagi tadi berlangsungnya Majlis Pelancaran Program Jom Ke Sekolah peringkat sekolah. Program ini merupakan program kolaboratif antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid.



Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) disemua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kehadiran PPS melalui program Jom Ke Sekolah pada awal Persekolahan 2017 ini diharapkan akan menjadi medan kearah membentuk sahsiah murid lebih positif.



Objektifnya dalah bagi memwujudkan hubungan mesar dan kolaborasi yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan pihak PPS. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah dan membugarkan kembali penggunaan Peti Aduan Murid.






1 ulasan:

Maria Firdz berkata...

semua sambut serentak... sekolah kami biasa2 je la sambutnya...