Jumaat, 20 Januari 2017

Sangkut dalam banjir


Niat dihati hendak pergi ke sekolah dengan satu tujuan iaitu untuk mengambil dokumen akaun sekolah yang akan dihantar ke JPNT pada 23 Januari ini. Walapun menyedari hujan lebat yang membadai kawasan pokcik sejak dari semalam, hujan yang berterusan tanpa teduh.

Dalam perjalanan pergi ada jalan di beberapa tempat yang mulai dilimpahi air tapi masih boleh lagi diharungi. Akhirnya kereta pokcik sampai di Jerebun, tempat ni biasa dan mudah ditenggelami air dan merupakan tempat pertama bagi penduduk Hulu Besut terputus hubungan.

Pokcik membatalkan hasrat hati. Berpatah balik. Dalam perjalanan meredah air yang semakin lama semakin dalam rasanya. Tiba-tiba kereta pokcik mati enjinnya kerana tidak berdaya meredah air yang dalam. Pucat memang pucat dalam fikiran macam-macam berperang. Rosak ke? Duit lagi.. Anak dan bini lagi pucat. Takut. Air dah hampir mencecah masuk dalam kereta.


Dalam hujan yang lebat pokcik keluar lihat apa yang berlaku. Walau tak tahu apa nak buat. Kena tolak ke? Larat ke ni kalau seorang diri yang tolak dengan air yang makin dalam ni. Dalam hati tak nak susahkan isteri.

Beberapa buah kereta lain melintas laju meredah air tanpa berhenti. Pokcik faham dalam keadaan air yang macam ni mereka sendiri tidak mahu ambil risiko memberhentikan kereta mereka dalam air yang makin banyak ni.

Keresahan hati pokcik tidak berpanjangan bila sebuah pajero yang lalu dan berhenti. Rupa-rupanya sahabat sekampung pokcik. Alhamdulillah lega rasa hati. Ditundanya kereta pokcik hingga sampai ke tempat yang tiada air. Bertambah lega dihati bila dihidupkan enjin tiada masalah, hidup seperti biasa.  Cuma lepas ni kenalah pergi servis dan tukar minyak enjin.

Gelombang banjir kali kedua kini mula melanda kampung-kampung pokcik dan daerah pokcik. Gambar bawah tu, jalan masuk ke rumah emak sahabat pokcik. Tinggal sedikit lagi untuk tenggelam jambatan tu.

 

3 ulasan:

PeRdU cINta berkata...

SubhanaAllah...risaukan Pokcik...moga hujan kian reda...banjir kian surut juga...amin.

Abam Kie berkata...

trauma banjir 2014 masih terasa sampai skrg..

tiga lalat berkata...

semoga dipermudahkan urusan pakcik dan lain2., aminn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Pilihan November

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates