Selasa, 24 Januari 2017

Bengkel eSPKWS dan penghantaran Penyata Akaun


Sekali lagi berbengkel eSPKWS bersama-sama sahabat handai seangkatan jawatan di SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi menyelesaikan tugas-tugas perakaunan 2016.  

Majlis dimulakan dengan ucapan amanat dari Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Selepas majlis penyampaian amanat dari Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah kami meneruskan bengkel eSPKWS dan penghantaran Penyata Akaun bagi tahun 2016.

Segala kerja buat bagi tahun 2016 dihantar untuk semakan dan seterusnya ke pejabat audit sekolah untuk pengauditan. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Sakit pening 2016 telah selesai untuk dinilai.. 


Continue Reading…

Jumaat, 20 Januari 2017

Sangkut dalam banjir


Niat dihati hendak pergi ke sekolah dengan satu tujuan iaitu untuk mengambil dokumen akaun sekolah yang akan dihantar ke JPNT pada 23 Januari ini. Walapun menyedari hujan lebat yang membadai kawasan pokcik sejak dari semalam, hujan yang berterusan tanpa teduh.

Dalam perjalanan pergi ada jalan di beberapa tempat yang mulai dilimpahi air tapi masih boleh lagi diharungi. Akhirnya kereta pokcik sampai di Jerebun, tempat ni biasa dan mudah ditenggelami air dan merupakan tempat pertama bagi penduduk Hulu Besut terputus hubungan.

Pokcik membatalkan hasrat hati. Berpatah balik. Dalam perjalanan meredah air yang semakin lama semakin dalam rasanya. Tiba-tiba kereta pokcik mati enjinnya kerana tidak berdaya meredah air yang dalam. Pucat memang pucat dalam fikiran macam-macam berperang. Rosak ke? Duit lagi.. Anak dan bini lagi pucat. Takut. Air dah hampir mencecah masuk dalam kereta.


Dalam hujan yang lebat pokcik keluar lihat apa yang berlaku. Walau tak tahu apa nak buat. Kena tolak ke? Larat ke ni kalau seorang diri yang tolak dengan air yang makin dalam ni. Dalam hati tak nak susahkan isteri.

Beberapa buah kereta lain melintas laju meredah air tanpa berhenti. Pokcik faham dalam keadaan air yang macam ni mereka sendiri tidak mahu ambil risiko memberhentikan kereta mereka dalam air yang makin banyak ni.

Keresahan hati pokcik tidak berpanjangan bila sebuah pajero yang lalu dan berhenti. Rupa-rupanya sahabat sekampung pokcik. Alhamdulillah lega rasa hati. Ditundanya kereta pokcik hingga sampai ke tempat yang tiada air. Bertambah lega dihati bila dihidupkan enjin tiada masalah, hidup seperti biasa.  Cuma lepas ni kenalah pergi servis dan tukar minyak enjin.

Gelombang banjir kali kedua kini mula melanda kampung-kampung pokcik dan daerah pokcik. Gambar bawah tu, jalan masuk ke rumah emak sahabat pokcik. Tinggal sedikit lagi untuk tenggelam jambatan tu.

 

Continue Reading…

Khamis, 19 Januari 2017

Thomas Town Giveaway by Zai Zamree

Assalamualaikum,..  

Terasa agak lama juga pokik tak update sebarang cerita kat blog pokcik ni (ayat klise). Sepanjang awal januari ni pokik agak sikit sibuk dengan kerja-erja di pejabat. Almaklumlah tugas-tugas kewangan banyak yang kena settlekan. Menutup akaun bagi ahun 2016.

Alhamdulillah, hari ni dapatlah juga join Thomas Town Giveaway by Zai Zamree jadi bagi rakan-rakan blogger yang nak join bolehlah klik banner kat bawah.

\http://storymoryluahanku.blogspot.my/2017/01/thomas-town-giveaway-by-zai-zamree.html

Continue Reading…

Jumaat, 6 Januari 2017

Cerita banjir

Banjir. Air bah, setiap hujung tahun dibulan disember atau awal januari kedatangan sentiasa ditunggu. Seronoknya bermain banjir. Itu dulu, waktu pokcik dizaman remaja dan diawal perkahwinan waktu belum lagi mempunyai anak-anak. Kini semenjak tahun 2000 dan 2014 keadaan banjir tidak seperti tahun-tahun sebelum tahun itu. Banjir 2014 dua malam kawasan rumah pokcik ditenggelami air dan tahun ini 2016.

Banjir awal 2017, pokcik tiada dirumah kerana menghantar anak sulong pokcik yang mendapat tawaran Latihan Penolong Pegawai Persekitaran di Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (KKBSB), tarikh lapor diri pada 3 Januari 2017. Sebelum bertolak pokcik telah berpesan kepada isteri “Bawalah kain dan pakaian basahan, kain pelikat abang dan kain tuala, kemungkinan nanti kita akan tersangkut banjir, mungkin dimana-mana tempat”.

Turut bersama ialah anak perempuan bongsu pokcik. Pokcik sudah dapat menjangkakan akan berlaku banjir memandangkan maklumat dari sahabat bahawa  dihulu daerah telah berlaku yang hujan lebat. 

Pokcik bertolak jam 8.00 malam sampai di Sungai Buloh jam 3.00 pagi. Melalui LPT2, ada ketikanya terpaksa memperlahankan kereta memandangkan hujan yang lebat di sepanjang LPT2. Sampai di Hospital Sungai Buloh jam 3.00 pagi dan  tidur dibalai pelawat Hospital Sungai Buloh. 8.00 pagi anak mendaftar masuk di KKBSB. Tanpa sangka pokcik bertemu dengan rakan sekampung Ustaz Najmi yang sama-sama datang menghantar anak disini. Sementara menunggu anak-anak selesai pendaftaran, kami ibubapa dijemput ke Auditorium untuk mendengar taklimat dari Pengarah KKBSB.

Sewaktu dalam dewan anak pokcik yang berada dikampung memaklumkan keadaan sekitar yang mulai digenangi air. Hati mula tidak tenteram, perasaan pokcik kalau boleh waktu itu juga hendak balik kerumah. Selepas berbincang dengan Ustaz Najmi suami isteri, kita orang bertolak balik jam 3.00 petang selepas urusan pendaftaran asrama anak. Tambah merisaukan lagi bila beberapa keeping ambar dan makluman sahabat-sahabat dari aplikasi whatsapp yang menyatakan banjir tahun ini lebih besar dari tahun sebelumnya. Sebelum itu pokcik telah mengarahkan anak memindahkan kereta dan motor ketempat yang lebih tinggi.

Jam 8.00 malam sewaktu berada di R&R Temerloh, sekali lagi anak menghantar beberapa keping gambar yang menunjukkan air mulai memasuki rumah (kali pertamaair banjir masuk dalam rumah) dan dia telah siap sedia untuk berpindah ke rumah emak sepupunya yang berhampiran bersama dengan adik dan emak pokcik yang tinggal dirumah berhampiran. Hati ini makin tidak tenteram, isteri pokcik lebih lagilah.

Dari R&R Temerloh pokcik berkonvoi dengan dikepalai oeh Uztaz Najmi bekereta dihadapan. Ada beberapa tempat terpaka perlahankan kenderaan kerana hujan yang teramat lebat dan jarak penglihatan terhad.

Keluar dari LPT2 exit tol Kuala Terengganu, kami mengambil keputusan untuk menggunakan jalan pantai memandangkan jalan di Kampung Buloh Setiu sudah dinaiki. Melalui jalan Kampung Maras-Batu Rakit.


Sampai di depan Hospital Jerteh jam 10.30 malam dan tidak dapat meneruskan perjalanan kerana air lebih dari paras pinggang disepanjang jalan ke Hulu Besut. Jarak rumah pokcik dengan hospital dalam 5km.  Pokcik ambil keputusan untuk tidur didalam kereta didalam kawasan hospital bersama isteri dan anak. Hati isteri tenteram bila anak menyatakan dia selamat berpindah.

Jam 8.00 pagi pokcik meredah air separas pinggang di kampong Cherang Meliling dengan beberapa orang lagi yang terkandas. Lebih kuran 1km berjalan kaki, kami semua menumpang lori majlis daerah yang bertugas.


Alhamdulillah pokcik sekeluarga selamat sampai dan anak-anak serta keluarga dirumah pun selamat. Ayam dan itik pokcik banyak yang dihanyutkan air yang tinggal hanya ayam enam ekor dan itik tiga dan lebih memenatkan bila keadaan dalam rumah yang berselut dengan sebahagian perabut yang ditengelami air.
Continue Reading…

Memukat ikan


Pagi tadi, pokcik menemani sepupu pergi mengangkat pukat yang dipasangnya pada petang semalam.

Bersampan kami. Jaraknya bukanlah jauh. Dua utas pukat yang dipasangnya memberikan hasil yang cukup lumayan. Ikan ini sepupu pokcik buat ikan pekasam untuk dijual.  Itu sumber pencarian sampingannya.

Pokcik pun bukan pergi saja, dapatlah bahagian pokcik sekor dua buat lauk petang nanti



Continue Reading…

Rabu, 4 Januari 2017

Gambar banjir sekitar kampung.

Diawal tahun, Kampung pokcik dilanda banjir. bagi pokcik banjir tahun ni agak dari tahun 2016. Waktu update blog ni pok cik tengah penat. baru siap membasuh didapur yang berselut.

Cukup penat. Dua bilik belum lagi dibersihkan. Isteri dah mengadu sakit pinggang.. nanti pokcik cerita lain posting










Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates