Jumaat, 24 November 2017

Giveaway Photo Polaroid Azhafizah.Com

Sempena buka kedai Print Photo Polaroid, Fiza nak buat satu "Giveaway Photo Polaroid azhafizah.com" untuk semua blogger. Syarat-syarat mudah sangat. Tak perlu nak tekan follow atau like dan sebagainya. Hanya perlu buat satu entri copy paste dan letakkan link entri dalam otak komen. Senang kan? jomlah beramai-ramai meriahkan Giveaway yang mudah lagi simple ni.k


Hadiah
20pcs photo polaroid saiz 3R x 1 pemenenang.
20pcs photo polaroid saiz 2R x 1 pemenenang.

Tarikh Tamat
30 November 2017, 23:59

Note : Pemilihan pemenang secara random.


Berminat untuk print photo polaroid murah, boleh terus email : azhafizahmdnor@gmail.com atau whatsapp terus >> http://azhafizah.wasap.my/

Continue Reading…

Khamis, 23 November 2017

Majlis Persaraan GPKP

Majlis Persaraan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Mat Saud b. Abdullah sekolah pokcik berlangsung semalam. Beliau bersara pilihan diusia 58 tahun. Mula menjawat jawatan sebagai penjawat awam, guru pada tahun 1982. Tempat pertama beliau bertugas adalah disekolah ini dan tempat terakhir beliau sebagai guru juga disekolah ini.

Sebagai seorang 'tukang gambar', tidak boleh lari pokcik kena rakam detik bersejarah majlis ini sebagai kenangan sekolah dan juga kenangan abadi GPKP sebagaimana permintaan beliau. Setiap detik tidak terabai, pokcik kongsi sedikit disini untuk tatapan bersama..








Continue Reading…

Selasa, 21 November 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 disekolah tempat pokcik bertugas berlangsung semalam. Dalam kesibukan dengan tugas-tugas semalam tak sempat nak update cerita ini. 

Tugas pokcik sebagai jurugambar dan jawatankuasa dokumentasi majlis disekolah, harus memastikan setiap detik dirakam sebaik mungkin. Memastikan setiap wajah rakan terakam. Pernah sekali pokcik ditegur oleh seorang rakan guru difacebook bila wajah dia tidak dirakam terlibat dalam acara tersebut sedangkan beliau seorang yang berkerja keras disebalik majlis tersebut.

Apa yang pokcik mampu katakan, bila dia tiba-tiba hilang dari radar pokcik pada hari tersebut.

Kali ini pokcik nak kongsikan beberapa keping gambar kemeriahan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2017 sekolah pokcik yang berlangsung semalam.  


Sebahagian pelajar penerima kecemerlangan akademik 
dan kedudkan terbaik dalam kelas.


 Sebahagian pelajar  Prasekolah menerima sijil  dan cenderahati.
 

Pelajar Ikon
 

Sebahagian ibubapa pemenang cabutan bertuah

 

Gambar-gambar dibawah, peristiwa yang berlaku 
di Hari Anugerah Anugerah Kecemerlangan 2017 










22 November pokcik akan menjadi jurugambar bagi Persaraan Penolong Kanan Pentadbiran. Pokcik bertugas dengan beliau dah agak lama, bermula pertengahan Ogos 2008. Beliau bersara pilihan diusia 58 tahun. Tarikh persaraan beliau pada 1 Januari 2018 dan majlis diadakan awal kerana selepas ini sekolah bercuti. Nantikan momen menarik peristiwa tersebut dari pokcik.
Continue Reading…

Hadiah kecemerlangan


Bukan main gembira anak perempuan bongsu pokcik ni. Dari awal lagi dia minta pokcik datang pada majlis hari kecemerlangan yang diadakan disekolahnya. 

Anak pokcik ni dapat nombor satu didalam kelas dan juga terbaik bagi matapelajaran matematik dan jawi. Pokcik ambil cuti hari ini bagi, kalau tak pergi kesian anak-anak kan. Kejayaan anak-anak perlu diraikan, memberikan penghargaan kita atas kejayaan mereka.  Anak-anak yang tidak berjaya juga perlu diraikan dan diberi penghargaan sama.
Continue Reading…

Jumaat, 17 November 2017

Khamis, 16 November 2017

Rabu, 15 November 2017

Gambar Hari Rabu #38 - Gambar cameraman


Setiap kali ada majlis disekolah, pokcik ditugaskan merakamkan setiap detik acara yang berlangsung. Sentiasa dilantik sebagai Jawatankuasa Dokumentasi sekolah.

Dah minatkan... kalau dulu tahun 90an, pokcik guna kamera filem. bayangkan masa tu dapat tempahan untuk ambil gambar majlis kahwin bukan main gembira. Waktu tu tak ramai yang pakai kamera sebab kosnya yang mahal.

Tapi sekarang ni pokcik dah pencen.. tahun 2013 pokcik pencen, banyak menolak tempahan untuk majlis kahwin. Dah tak larat. Lagi pun mata tidak setajam waktu muda dahulu. Lagi lagi pokcik malas nak menggunakan masa yang banyak untuk mengedit gambar.

Pokcik suka seperti sekarang, bebas merakam gambar secara percuma sekadar untuk keseronokan... Janji hati bahagia..

Continue Reading…

Selasa, 14 November 2017

Majlis Jamuan Akhir Tahun

Kejadian berlaku jam 2.00 petang tadi. Rasanya ini merupakan kali kedua sekolah pokcik mengadakan Majlis Jamuan Akhir Tahun di Isma Cafe, kalau tidak silap pokcik sebelum ini di tahun 2012.

Sebenarnya pokcik pun bukan nak cerita banyak cuma nak kongsi banyak keping gambar. Biar gambar berbicara. Kalau ikutkan hati rasanya banyak yang pokcik nak letak kat sini. Rasanya cukuplah tu..





















Continue Reading…

Sabtu, 11 November 2017

Majlis Khatam Al-Quran



Pagi ini, menemani dan mengiringi anak  perempuan  bongsu ke Majlis  Al-Quran pelajar KAFA negeri Terengganu 2017 yang diadakan  di Dewan Merdeka Kota Putera  Square, Besut..

Sudah tiga kali menemani anak ke majlis khatam  Al-Quran dan kali pertama menjejaki kaki ke dewan ini. Sebelum ini hanya memandang dari dalam kereta 



Sampai tadi  masih awal. Jam 7.30 pagi, datang awal ke majlis seperti  ini biasalah bagi mengelakkan kesesakan lalulintas.  Sampai sini pun orang belum ramai.

Tidak seperti tahun sebelum ini. Kali ini pokcik masuk dewan.. terasa ingin turut sama membaca dan melancarkan lagi  bacaan Al-Quran.. Semuga dipermudahkan segala urusan.
Continue Reading…

Khamis, 9 November 2017

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com



http://www.mialiana.com/2017/11/giveaway-ole-ole-brunei-by-mialianacom.html


Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017 sehingga 11.59 malam 16 November 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 13 pemenang bertuah dicari. Hadiah berupa ole-ole fridge magnet dan keychain di SINI.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.comAdd To Circle Google+ Mia LianaLike Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.


Pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah manual dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 November 2017.



Continue Reading…

Semoga dipermudahkan


Hari ini pokcik cuti kerana  menemani isteri ke Hospital Raja Perempuan  Zainab II Kota  Bharu Kelantan  bagi menjalani pembedahan kecil  dipergelangan tangannya. Bagi membaiki susunatur semula sendi.

Sepatutnya, waktu  entri ini ditulis isteri pokcik  telah selesai pembedahan kerana dia merupakan  pesakit pertama yang menjalani pembedahan  pada hari ini tapi disebabkan  masalah jalan yang sesak dipagi hari terlewat sampailah kami kesini dan terpaksa menunggu sesi seterusnya.

Dari rumah pokcik dh Besut,Terengganu ke Kota Bharu biasanya kalau jalan tidak jen paling tidak dalam empat puluh lima minit atau or sejak jugaklah tapi tadi hampir sejam setengah hari sampai.... Apa-apa pun semoga isteri pokcik dipermudahkan urusan kali ini.
Continue Reading…

Selasa, 7 November 2017

GIVEAWAY PERTAMA DARI BLOG IRDAGARMIN.

Pokcik baru saja follow blog ini. Tak dapatlah pokcik nak ulas panjang lebar tentang blog ini tapi pokcik dah tengok entri berkaitan Banking.. rasanya topik ini mungkin menarik buat pokcik.. 

Jadi, bagi yang belum menyertai giveaway ni jom le terjah blog ni.. ha.. macam biasa klik banner atas tu..


Continue Reading…

Isnin, 6 November 2017

Terung Satok


"Buah apa tu" Satu pertanyaan diajukan sebaik sahaja plastik yang mengandungi buah kekuningan ini pokcik letakkan diatas meja dikantin.
"Inilah dia terung satok atau terung masam, ada juga yang panggil dia sebagai terung dayak" pokcik cuba menerangkan pada beberapa rakan yang berada dikantin. Kebanyakan antara mereka belum pernah melihat terung ini.
"Berbulu buahnya, bagaimana nak makan ni" tanya Kak Yah pengusaha kantin kat sekolah pokcik. 
"Kena beli Gillette ni, buat kikis bulu dia" kata Pok Ku Long sambil tertawa.
"aaahaa.. kena kikis bulu dia dulu sebelum masak" kata ku mengiyakan gurauan dari Pok Ku Long.  
"Masak macam mana ni" tanya Che Lah pembantu tukang Masak Kak Yah.
"Paling mudah celur lepas tu cicah dengan budu, sedap tapi rasa dia masam sikit. Lagi sedap dibuat air asam cicah ikan tawar atau dicampur dalam gulai ikan puyu atau haruan" susah jugak pokcik nak terang kat mereka ni, satu persatu soalan yang dia orang tanya. Rupanya bukan semua orang kenal buah terung masam ni.
"Tak pernah pula tengok pokok terung ni macam mana" kata PK HEM pokcik.
"Pokok ni, berduri diatas daun dan batangnya, lebar daunnya pun lebih kurang terung pipit" terang pokcik pada mereka semua sambil menunjukkan gambar pokok terung ni pada mereka.


Continue Reading…

Ahad, 5 November 2017

Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017

http://www.qiyasaad.com/2017/11/giveaway-cash-rm100-by-qiya-saad-for.html?m=1 

Hadiah berupa CASH RM100 untuk 'Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017' ni Qiya akan bahagikan kepada 3 pemenang mengikut jumlah yang tertera kat bawah ni.


Pemenang Pertama
RM50

Pemenang ke-2
RM30

Pemenang ke-3
RM20

Cukup menarik giveaway ni jom join.. klik..klik... baner atas tu

Continue Reading…

Mini Cozy Massager


Satu unit Mini Cozy Massager pemberian dari sahabat pokcik telah diterima pagi tadi.. beberapa hari yang lepas dia cakap ada sesuatu yang hendak diberi. 

Mini Cozy Massager ni adalah alat kecil untuk mengurut, menggunakan bateri AAA. Lepas ni tak payahlah pokcik suruh anak picitkan belakang pokcik ni. Bagi je benda ni biar dia tekan atas belakang pokcik... getaran kecil tu dah rasanya macam mengurut... lebih kurang macam kerusi mengurut le rasanya.

Pokcik nak berterimakasihlah pada sahabat pokcik ni atas pemberian alat ni..katanya taklah mahal pun harganya.. bagi pokcik bukanlah soal harga tapi soal keikhlasan pemberian itu.. itulah yang mahalnya.
Continue Reading…

Sabtu, 4 November 2017

3 novel dibulan November ini


Tiga novel ini menanti untuk dibaca dibulan November ini. Pokcik ni bukan peminat novel-novel cinta yang pokcik biasa baca novel-novel seram dan ada unsur sejarah tetapi tadi pergi ke perpustakaan awam, bila tengok novel Dilarang Masuk Ke Dalam Hatiku hasil tangan Mia Kiff terus terasa nak pinjam.  Ini merupakan novel pertama Mia kiff yang pokcik baca.

Novel kedua ialah Renggut, buah tangan Yin Yeen. Ok juga novel ni, pokcik baru baca sampai bab 6..

Ainul Batrisya bukan isteri yang sempurna. Dia memilih Arman Danial untuk menjadi teman hidupnya. Namun ada sesuatu yang hitam mendalangi perkahwinan mereka
Ainul Batrisya telah berselingkuh dengan Zaqrul dan setelah rahsia itu terbongkar kebahagian ainul mula direnggutsatu persatu.
Dan bacaan seterusnya Ayahku oleh HAMKA. Cukuplah sebulan tu dengan ketebalan setiap satu novel tersebut yang lebih dari 500 halaman... sebagai bacaan untuk senggang waktu tidur. Dah dua bulan pokcik tak membeli novel sebabnya bila pergi kat perpustakaan awam, dirak-rak buku nampak banyak buku terbaru tersusun indah disitu.. Bulan lepas pokcik beli buku agama dan motivasi
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates