Selasa, 27 Disember 2016

Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017

Share it Please

Hanya tinggal beberapa hari lagi sesi persekolahan 2017 akan bermula. Terasa cepat benar masa berlalu kan.

Hari ini, sekolah tempat pokcik bertugas mengadakan sesi pendaftaran bagi tahun persekolahan 2017. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Waktu pokcik turun memantau tadi, tidak ramai ibubapa dan penjaga yang datang. Kemungkinan hujan yang turun diawal pagi menyebabkan kurangnya sambutan.

Saban tahun sekolah ini mengalami kekurangan murid. Waktu pokcik mulai bertugas disini pada pertengahan 2008, muridnya melebihi empat ratus orang. Sekarang ini murid sekitar seratus enam puluh itu tidak termasuk murid prasekolah. Mungkin kekurangan ini berpunca dari generasi muda disini yang banyak berkerja diluar. 



Sebelum ini mereka memberi hak penjagaan kepada ibubapa mereka. Apabila mereka sudah menetap dengan selesa dan mendapat pendapatan yang kukuh mereka akan datang mengambil balik anak-anak mereka ini untuk tinggal bersama mereka, yang mana sebelum ini dibawah jagaan yakni datuk nenek murid murid ini. Bila berlaku pertukaran pelajar maka semakin berkuranglah murid disekolah ini.

Tahun ini, disekolah ini pokcik merasakan terlalu ramai pelajar-pelajar yang bertukar keluar. 

Tiada ulasan: