Selasa, 29 November 2016

Hasil dari hobi #31 - Jual sawi


Ramai rakan-rakan pokcik minta beli sawi pokcik ni bila dia orang dapat tahu sawi ni dah cukup matang. Maklum ajelah sawi pokcik ni tiada penggunaan racun serangga atau baja kimia. Segar dari ladang kata mereka.

Cadangnya hari khamis ini pokcik nak cabut dan jual. Yang gambar atas tu pokcik cabut untuk kegunaan sendiri dan bagi kat emak sedikit. Kalau cabut dan jual awal awal ni rasa macam tak berapa nak untung sebab walaupun daunnya telah besar dan lebar tapi batangnya masih kecil lagi.

Rasanya taklah hendak tunggu lama sebab sekarang ni hujan pun dah makin kerap turun dan agak lebat takut nanti akan merosakkan pokok sawi. 

Ada yang tanya pokcik kacang apa yang pokcik tanam (gambar sebelah sawi). Sebenarnya pokcik ingatkan pokcik tanam kacang panjang rupanya kacang ni, orang kampung pokcik sebut 'kacang catok'. Taklah pula pokcik tau tempat lain orang panggil apa. KAcang ni bijinya yang kering tu orang campur dengan ketupat manis. Istimewanya lagi pokok kacang ni daun yang muda (pucuk) orang buat sayur lemak.

4 ulasan:

♥♥ Cik Nur ♥♥ berkata...

Cik Nur nak sawi sekilo pokcik...
mai pos kat subang

Lea Azleeya berkata...

e'eh segar betul sawi.. rajin betul pokcik bercucuk tanam..

Sheila Adziz berkata...

segar-segarnya sawi... seronok bila bercucuk tanam sendiri... puas dgn hasilnya kan...

luqman zakaria berkata...

patut la nampak lain yg sebelah sawi tuh..ingatkan kacang panjang jgk rupanya bukan.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates