Selasa, 22 November 2016

Hasil dari hobi #30 - Menikmati hasil

Share it Please

Inilah dunia pokcik. Ruang lingkup pokcik yang terhad. Pergi kerja, balik kerja dan melegakan regangan dan tekanan dengan mengeluarkan peluh pada tanah yang sekangkang kera ini.  

Tapi kata orang berbudi pada tanah ada hasilnya. Dan kini pokcik sedang menikmati hasilnya. Jagung dah boleh dikutip, anak-anak dah merasa manisnya jagung rebus tanaman sendiri.

Kini menghitung hari pula untuk merasa manisnya sawi yang ditanam sendiri. Sawi yang tidak ditanam menggunakan baja kimia jauh sekali penggunaan racun serangga. Bajanya adalah tanah bakar. 

Titik peluh terasa seakan berbaloi bila melihat segarnya dedaunan. Menunggu hari, menunggu detik untuk dituai.



3 ulasan:

Unni Anje berkata...

sedap buat bubur jagung ni

Mrs. A berkata...

Berbudi kepada tanah inilah hasilnya :-)
Subur mak kau hijau eh! menghijau barulah betul

Normala Saad berkata...

Bestnya ada tanah kebun. Sedap jagung tu...feveret..