Jumaat, 4 November 2016

Daun Misai Kucing goreng celup tepung

Share it Please
Daun misai kucing goreng celup tepung ni menjadi kesukaan anak lelaki keempat pokcik dan adik perempuannya yang sorang tu. Bila dia orang rasa nak makan dia orang pergi petik daun pokok ni dibelakang rumah. Pilih pucuk yang muda beserta bunganya sekali.

Bukan sepohon pokcik tanam tapi berbelas belas pohon dibelakang rumah tu jadi tak menjadi masalah bila dia nak makan. Pergi petik saja.


Anak pokcik dua orang ni dah diajar oleh emaknya bagaimana nak goreng daun ni.. pokcik tumpang makan yang anak anak pokcik buat.

Dalam dok kalut dia orang nak buat tadi terlupa yang stok telur dah habis. Tak menjadi halangan kerana stok telur ayam kampung kat reban tu banyak.



Cara buat cukup senang. Tepung ayam goreng yang siap dibeli kat pasar raya campur dengan telur ayam.  Gaul biar berpalut dan rata, jangan guna air...

Lepas tu goreng... taarraaa.. sIap untuk dimakan.. cicah dengan sos.

3 ulasan:

CikLa Shahril berkata...

Wah.. lain dr yg lain ni... boleh dicuba...

AinAthirah Anuar berkata...

Baru tau daun misai kucing boleh makan. Apa rasa dia ya pokcik? yg misai tu org panggil apa? boleh makan tak? Dia mcm daun kaduk goreng ke?

theathra.blogspot.my

Lea Azleeya berkata...

E eh... boleh buat camni ye.. sedap ke pokcik?? Kene cuba ni..