Selasa, 29 November 2016

Hasil dari hobi #31 - Jual sawi


Ramai rakan-rakan pokcik minta beli sawi pokcik ni bila dia orang dapat tahu sawi ni dah cukup matang. Maklum ajelah sawi pokcik ni tiada penggunaan racun serangga atau baja kimia. Segar dari ladang kata mereka.

Cadangnya hari khamis ini pokcik nak cabut dan jual. Yang gambar atas tu pokcik cabut untuk kegunaan sendiri dan bagi kat emak sedikit. Kalau cabut dan jual awal awal ni rasa macam tak berapa nak untung sebab walaupun daunnya telah besar dan lebar tapi batangnya masih kecil lagi.

Rasanya taklah hendak tunggu lama sebab sekarang ni hujan pun dah makin kerap turun dan agak lebat takut nanti akan merosakkan pokok sawi. 

Ada yang tanya pokcik kacang apa yang pokcik tanam (gambar sebelah sawi). Sebenarnya pokcik ingatkan pokcik tanam kacang panjang rupanya kacang ni, orang kampung pokcik sebut 'kacang catok'. Taklah pula pokcik tau tempat lain orang panggil apa. KAcang ni bijinya yang kering tu orang campur dengan ketupat manis. Istimewanya lagi pokok kacang ni daun yang muda (pucuk) orang buat sayur lemak.
Continue Reading...

Ahad, 27 November 2016

SEGMEN JOM BERKENALAN


Assalamualaikum rakan blogger. Selamat berkenalan. 
Jom join segmen ni, Segmen Jom Berkenalan.
Tarikh tamat segmen 31 Disember 2016.
klik banner untuk join. 
Continue Reading...

Jumaat, 25 November 2016

Pokok Sireh cina goreng


Sireh cina goreng. Bila pokcik upload dua gambar ni dengan tajuk tu. Ramai yang tanya pokcik. Boleh makan ke pokok ni? sedap ke? Bagaimana cara masaknya?

Sebenarnya dah lama pokcik idam nak makan pokok ni. Dah acap kali bersungut kat isteri.

Hari ni dia cuti, ada ruang dia masak jadi dia minta pokcik pungut pokok ni yang sememangnya ditanam didalam pasu, demi menjamin kebersihannya. Kalau melata atas tanah rasa macam tak bersih je

patutlah tadi beria sangat ajak pergi pasar nak beli ikan masin. Dibelinya ikan gelama masin.

Masa dia masak taklah pula pokcik tengok. Tapi bila rasa masakan lebih kurang rasa macam kailan goreng ikan masin. Cuma pokok ni rasa lebih lembut lagi.

Orang tua jiran sebelah rumah pokcik sentiasa amalkan ulaman ini. Katanya baik untuk saraf dan gout.

Continue Reading...

Selasa, 22 November 2016

Hasil dari hobi #30 - Menikmati hasil


Inilah dunia pokcik. Ruang lingkup pokcik yang terhad. Pergi kerja, balik kerja dan melegakan regangan dan tekanan dengan mengeluarkan peluh pada tanah yang sekangkang kera ini.  

Tapi kata orang berbudi pada tanah ada hasilnya. Dan kini pokcik sedang menikmati hasilnya. Jagung dah boleh dikutip, anak-anak dah merasa manisnya jagung rebus tanaman sendiri.

Kini menghitung hari pula untuk merasa manisnya sawi yang ditanam sendiri. Sawi yang tidak ditanam menggunakan baja kimia jauh sekali penggunaan racun serangga. Bajanya adalah tanah bakar. 

Titik peluh terasa seakan berbaloi bila melihat segarnya dedaunan. Menunggu hari, menunggu detik untuk dituai.



Continue Reading...

Isnin, 14 November 2016

Ubi Jari Buaya - # Serangan ulat daun


Serangan ulat pemakan daun. Ulat ini seperti ulat bulu tetapi lebih kecil dan membiak disebalik daun-daun ubi jari buaya. Serangannya terlalu cepat walaupun kecil.

Minggu lepas pokcik dah sembur dengan racun serangga buatan sendiri. Ingatkan dah pupus rupanya masih ada lagi sisa-sisa telur yang tidak dapat dilihat dibawah daun-daun.

Memakan daun, menyebabkan daun menjadi seperti kering dan hangus. Pokcik pun tak tau nama saintifik ulat ni. Pokok-pokok tumbuhan sekitar termasuklah sayuran yang pokcik tanam tak diusiknya.  Mungkin bagi ulat ni, daun ubi jari buaya cukup berkhasiat baginya.
Racun apa ye yang sesuai?. Kalau boleh pokcik tak nak guna racun kimia. 


Continue Reading...

Sabtu, 12 November 2016

Kegembiraan berakhir tragedi

Kegembiraan sebuah keluarga untuk mencari etak dan siput berakhir tragedi bila sampan yang dinaiki mereka terbalik. Kejadian yang berlaku jam 9.00 pagi di Sungai Besut berhampiran Kampung Chegar Batang Hulu Besut




Bot yang dinaiki oleh tujuh sekeluarga terbalik ditengah sungai. Kejadian itu disaksikan oleh dua orang nelayan darat yang kebetulan berada tidak berapa jauh dari tempat kejadian. 



Lima dari mereka sempat diselamatkan dan dua dari mereka tenggelam dihanyut arus. 
Sewaktu pokcik sampai tadi seorang mangsa yang berusia 9 tahun ditemui. Sehingga kini usaha mencari seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun giat dijalankan.



Continue Reading...

Rabu, 9 November 2016

Ubi Jari Buaya - Permintaan rakan-rakan


Anak pokok Jari Buaya yang pokcik semai dah bertunas dan ada yang telah panjang sulur batangnya. 

Bila pokcik bagi tahu kat rakan-rakan tentang semaian pokok ni, ramai kawan-kawan pokcik minta nak beli. Kali ni semaian ni tak jadilah pokcik nak alihkan ke tempat tanaman.

Tak nak hampakan rakan-rakan jadi pokcik jual saja pada mereka. Mereka pun tahu bukan senang nak dapatkan pokok ubi ni.

In Sha Allah lain kali pokcik buat benih dari keratan batang dengan lebih banyak lagi.. harap-harap boleh jadi pembekal utama pokok ni.. (ada angan angan tu)
Continue Reading...

Selasa, 8 November 2016

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH


Tamat pada 24/11/2016 jam 10.00 malam.
Jom Pakat join .. Klik Banner
Continue Reading...

Isnin, 7 November 2016

Berkebun sebagai satu terapi


Hari sabtu lepas, selesai sudah pagar memagar kebun pokcik yang luasnya tak seberapa. Hari tu sebahagian jagung dan kacang panjang pokcik dirosakkan oleh babi. Pelbagai petua dan pelbagai cara yang diberikan oleh rakan-rakan. 

Dan seorang sahabat pokcik pula mengatakan walau apa cara dan petua sekali pun yang kita lakukan ianya bersifat sementara dan tidak akan menghalang babi dari memusnahkan tanaman. Katanya cara yang terbaik ialah memagar kawasan menanam. Itu jugalah yang pokcik lakukan.

Dengan kos murah, dawai tanpa duri yang berharga RM10.00 satu gulung serta tenaga empat kerat untuk mencari kayu pancang/turus pagar. kredit jam masa selama dua hari maka siap lah pagar yang tak seberapa itu. Cuma tinggal menghiasnya dengan tin-tin sahaja yang belum.. guna tin tu ialah ia akan berbunyi bila dirempuh oleh babi



Bila dah ada pagar ni semangat pokcik untuk berkebun tu semakin tinggi. ruang yang kosong tu pokcik tanam pula dengan dua tiga batas sawi. Makin rajin.

Waktu pagi sebelum kerja pokcik akan jengah sekejap kat sini, balik kerja pun pokcik ke belakang rumah terlebih dahulu. Pendekkata berkebun dah jadi macam satu terapi buat pokcik. Pokcik rasa damai, tenang dan aman bila melihat kehijauan tanaman ini. Bertambah seronok bila melihat pohon jagung mulai berbunga.. 

Membilang hari untuk memungut hasil. Sekurang-kurang menjimatkan duait perbelanjaan dapur 
.

Continue Reading...

Selamat berjuang buat anakanda


Selamat berjuang buat anakanda yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini. Pagi tadi pokcik meluangkan masa ke SMKA Wataniah. Berjumpa anak ketiga pokcik yang menghadapi SPM.

Selepas selesai tugas menghantar anak-anak yang lain ke sekolah mereka. 7.30 pagi pokcik sampai sini walaupun tidak jauh sebenarnya sekolah ini dari rumah pokcik. Tak sampai pun 800 meter.

Sampai tadi, dah ramai ibu-ibu dan bapa-bapa yang sedang berjumpa mesra dengan anak-anak mereka. Pelbagai kata-kata semangat dan rangsangan yang dibekalkan buta anak-anak yang akan berjuang menentukan arah tuju masa depan mereka. Selepas anak-anak mereka masuk dewan ada ibubapa yang terus ke musolla untuk bacaan yaasin.

Walaupun rumah pokcik tidak jauh dari sekolah tapi anak pokcik pilih untuk tinggal diasrama, katanya untuk memudahkannya mengulangkaji dan berbincang bersama kawan-kawan yang lain.

Sama-samalah kita doakan ketenangan hati dan kejayaan buat anak-anak yang sedang menhadapi peperiksaan SPM semoga mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang.
Continue Reading...

Jumaat, 4 November 2016

Daun Misai Kucing goreng celup tepung

Daun misai kucing goreng celup tepung ni menjadi kesukaan anak lelaki keempat pokcik dan adik perempuannya yang sorang tu. Bila dia orang rasa nak makan dia orang pergi petik daun pokok ni dibelakang rumah. Pilih pucuk yang muda beserta bunganya sekali.

Bukan sepohon pokcik tanam tapi berbelas belas pohon dibelakang rumah tu jadi tak menjadi masalah bila dia nak makan. Pergi petik saja.


Anak pokcik dua orang ni dah diajar oleh emaknya bagaimana nak goreng daun ni.. pokcik tumpang makan yang anak anak pokcik buat.

Dalam dok kalut dia orang nak buat tadi terlupa yang stok telur dah habis. Tak menjadi halangan kerana stok telur ayam kampung kat reban tu banyak.



Cara buat cukup senang. Tepung ayam goreng yang siap dibeli kat pasar raya campur dengan telur ayam.  Gaul biar berpalut dan rata, jangan guna air...

Lepas tu goreng... taarraaa.. sIap untuk dimakan.. cicah dengan sos.

Continue Reading...

Rabu, 2 November 2016