Khamis, 27 Oktober 2016

Resipi daun belalai gajah celur


Petang semalam, pokcik terasa sangat nak masak daun belalai gajah yang ada kat belakang. Biasanya pokcik  buat ulam saja tapi kali ni terasa sangatlah nak masak-masak daun ni.

Terlintas dihati nak celur saja takut nanti tak sedap pula. Tak nak isteri tolong kerana ini selera pokcik, jadi menu ni biar ikut selera pokcik. 

Pokcik panaskan air. Bawang merah, bawang putih yang telah dimayang berserta dengan cili kampung pokcik masukkan dalam air yang tengah mendidih.. Sedikit garam dan satu kiub pati ayam Knorr. 

Pokcik biarkan air tu betul-betul mendidih barulah pokcik masukkan daun belalai gajah. Dari pengamatan pokcik daun tua lebih sedap dan lemak rasanya berbanding daun muda... daun muda sedap dibuat ulam cicah budu atau sambal belacan.

Pastikan daun belalai gajah tidak terlalu masak atau kecut. Pastu pokcik taburkan serbuk lada hitam dan lada putih jenama ajishio.

Itu selera pokcik dan sedap dilidah pokcik, bila tanya anak-anak dia orang pun kata sedap. Bila makan, teringat pula pokcik lima belas tahun yang lalu. Waktu pokcik muda-muda dulu.. waktu tu pokcik masuk hutan dan salah satu menu pokcik masak ialah tumis daun pokok balik adat (pokok ni biasa tumbuh dipinggir hutan yang baru diterokai), rasanya hampir sama dengan daun belalai gajah.

Yang ni resipi pokcik, sedap ikut selera pokcik belum tentu memikat selera orang lain. Resipi yang berkhasiat tanpa guna minyak untuk menumis.


Continue Reading…

Selasa, 25 Oktober 2016

Merumput


Sekarang ni kerja-kerja menanam dah selesai. Jagung dan kacang pun dah besar. 
Sekarang ni pengisian waktu petang pokcik disi dengan aktiviti merumput dicelah celah dua tanaman ini.Berbanding dengan waktu menanam.dulu, merumut tidaklah sepenat menanam.

Yang pokcik tanam tu dua jenis jagung. Jagung manis dan jagung jeriat serta kacang panjang. Kacang panjang ni tak payah guna kayu pancang atau kayu junjung. Pokoknya setinggi lutut dan berbuah seperti kacang panjang biasa.

Sekadar merumput sahaja. Mengembur tanah tu pokcik tak lakukan takut nanti ayam pula yang datang mengembur dan mencakar tanah sekitar tanaman ni. Berdasarkan pengalaman yang lalu.

Semua ni ditanam belakang rumah, dalam keadaan terbuka tanpa pagar. Hari tu pun sebahagiannya telah dimusnahkan babi. Nasib baik hanya sedikit kalau tidak penat saja.


Continue Reading…

Isnin, 24 Oktober 2016

Mencuci temu

Mencuci temu.. bunyi macam pelik. yang sebenarnya mencuci temulawak. Atas permintaan rakan rakan guru yang berkehendakkan sangat temulawak ni, petang tadi pokcik pergilah gali seperdu pokok herba ni kat belakang rumah.



Bila siap gali, punyalah banyak isinya. Itu baru seperdu.

Nak bersihkan dia dari tanah pun satu hal. Kerana tidak mahu merosakkan isinya pokcik guna semburan air paip yang deras.

Seperti gambar kat bawah tu kan. Tulah yang pokcik buat bila tiap kali membersihkan kunyit, lengkuas dan temulawak.. bersih dan nampak cantik.

Isi muda (yang putih tu) biasanya pokcik buat ulam, cicah dengan budu.. fuuh makan cukup berselera.

Temulawak ni juga sedap di buat ramuan dalam nasi kerabu. Kata seorang rakan pokcik lagi sedap kalau dibuat acar.. memang yang ni pokcik tak pernah cuba..

Tentang khasiatnya taklah pokcik nak cerita, dah banyak blog dan website bercerita tentang khasiat herba.

Ada seorang sahabat pokcik yang nak sangat pada benih kunyit hitam.. nanti akan pokcik bagi kat dia..








Continue Reading…

Ahad, 23 Oktober 2016

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...
Continue Reading…

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.


KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN




Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Continue Reading…

Khamis, 20 Oktober 2016

Angkara si babi


Awal pagi, macam biasa sementara menantikan anak bersiap untuk ke sekolah pokcik kebelakang rumah melihat tanaman.

Alangkah terkejut bila lihat pokok pokok jagung pokcik yang sebahagian ranap, rebah menyembam bumi angkara perbuatan babi.


Sebelum ini, sudah acapkali babi ini datang belakang rumah pokcik tapi tidak pula dia mengamuk dan memusnahkan tanaman.

Siapa yang tidak marahkan, dahlah penat menyangkul, merumput dan membaja tiba-tiba tanaman pula dimusnahkan babi.


Harap-harap lepas ni babi tak lagi datang mencari makanan kat kebun pokcik ni. Buat sementara ni pokcik guna sabun mandi popinjay. Kata sahabat pokcik tu cara yang terbaik tapi bersifat sementara.

Kalau nak yang lebih baik dan kekal buat pagar.. yang tu pokcik setuju benar
Continue Reading…

Ahad, 16 Oktober 2016

Khamis, 13 Oktober 2016

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 Yana Pink Blossom | Dalam usaha untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni dan menggalakkan kerajinan untuk blogwalking kat blog korang, Yana dengan sukacitanya melancarkan segmen pencarian bloglist beliau untuk ditempek di blog Yana Pink Blossom mulai November hingga Disember 2016 ini.

Sila klik BANNER untuk join!!!

*Cara Penyertaan*
  1. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom;
  2. Copy & paste semua coding yang disediakan di ruangan entri anda (HTML);
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entri asal iaitu entri segmen di blog Yana Pink Blossom. Sekiranya tidak, entri korang tidak diterima;
  4. Publish dan tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri asal segmen sahaja. Komen di ruangan entri lain tidak dikira yer;
  5. Klik link yang diminta sebagai sumbangan jujur dan ikhlas (^^,); dan
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah adalah 31 Oktober 2016 jam 12.00 midnight.

Continue Reading…

Selasa, 11 Oktober 2016

Bunga Ubi Jari Buaya


Bunga Ubi Jari Buaya. Ini kali pertama Ubi jari Buaya pokcik berbunga dan ini juga merupakan kali pertama pokcik melihat bunga pokok ini.

Ada persamaan tak dengan bunga ubi keledek? Rasanya adalah sikit-sikitkan cuma mungkin yang berbeza pada warnanya.

Bunganya hanya mengembang sekejap sahaja pada waktu pagi dan bila pokcik lihat pada tengahhari kelopaknya telah menguncup. Sayangkan, tapi mana ada bunga yang berkembang selamanya.

Adakah bunganya juga mempunyai nilaian perubatan seperti mana ubinya? Adakah diantara rakan-rakan blogger yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam membuat kajiselidik tentang kelebihan pokok ubi jari buaya yang didakwa oleh sesetengah orang amat baik untuk kesihatan jantung dan juga bengkak hati.

Continue Reading…

Ahad, 9 Oktober 2016

Khamis, 6 Oktober 2016

Kalaulah menu macam ni hari hari


Kalaulah menu macam ni tiap-tiap hari mau tak boroi perut pokcik ni.

Sebenarnya menu macam nilah yang menjadi kegemaran pokcik. Lauk ringkas tak perlu ada gulai berlemak atau apa apa yang berlemak.

Cukup dengan ulam-ulaman dan budu serta dicicah pula denan ikan bakar tawar. Fuuh... mau tak terangkat.

Pokok belalai gajah belakang rumah pokcok tanam banyak banyak bukan dalam pasu tapi atas tanah tujuannya pucuk tu pokcik jadikan ulaman pembuka selera.

Pokcik suka sangatlah kalau menu macam ni, kalau ala western tu kuranglah sikit.




Continue Reading…

Isnin, 3 Oktober 2016

Selamat Pengantin Baru Lokman & Nurul


Selamat Pengantin Baru Lokman dan Nurul. Semalam pokcik ke Kampung Binjai Kemaman, Terengganu. Ke Majlis perkahwinan anak sedara sebelah isteri pokcik. bertolak jam 7.00 pagi dari rumah pokcik di Besut dan sampai di Kampung tersebut jam 10.00 pagi.

Majlis akad nikah pula berlangsung jam 11.00 pagi sebelah petam jam 2.00 terus diadakan majlis persandingan mempelai. Maklumlah jauhkan...Apa-apa pun pokckik nak ucapkan selamat pengantin baru buat mereka berdua, semoga kekal bahagia ke anak cucu.. amin.



Continue Reading…

Sabtu, 1 Oktober 2016

Pokok rerama hijau


Pokok rerama hijau ni asalnya dari satu pokok. Pucuk pokoknya pokcik pangkas untuk perbanyakkan lagi.

Pokok rerama ni menambahkan lagi koleksi pokok herba pokcik. Bagi pokcik, tak perlu banyak jenis tapi jenis pokok yang ada tu perlu diperbanyakkan lagi.

Sebagai contoh, pokok rerama yang sepohon ni pokcik perbanyakkan dari sepohon menjadi banyak pohon.

Tentang khasiat pokok rerama ni, usah dipertikaikan kerana ramai yang dah tau.
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates