Rabu, 21 September 2016

Meja Kerja #23 Buah mokte dari sahabat

Share it Please

Sampai je pejabat. Sebakul kecil buah mokte (rambutan) telah tersedia diatas meja. Entah siapalah yang baik hati bagi kat pokcik.. Bertanya khabarlah pokcik pada sahabat-sahabat guru hadiah dari siapa buah mokte ni.. Akhirnya tahu jugalah gerangan siapakah pemberian buah ini.

Berfikir juga pokcik nak makan buah ni.. hari tu dah makan banyak, pas tu merana sehari dua.. buah ni kata orang sejuk dan penyakit macam pokcik ni kurang sesuai, dah lah hari tu sakit perutnya dan lemau segala macam tubuh ni.. 

Kata orang penyakit uluran ni, alah pada buah-buahan yang sejuk.. betul ke?.. tapi rasanya memang ya dan pokcik pun dah rasa kesannya pada  diri bila makan..

4 ulasan:

Budubilis l OfficialBlog berkata...

Sedap ni kalau dapat makan, santai plak sambil layan drama hahaha.. :)

Mrs. A berkata...

Penyakit uluran tu apa?

Pokcik Blogger berkata...

Hmm..uluran angin, medu, gastrik. Rasanya, samalah tu

ZULHILMI TEMPOYAK berkata...

hantorkan la ke sini sket.. hehehe