Ahad, 25 September 2016

Kalau dah rezeki


Petang tadi, selepas pulang dari kerja pokcik masuk hutan kecil yang tidak berapa jauh dari rumah. Alhamdulillah, dah rezeki pokcik dapat setongkol ni. 

Tertunai juga permintaan dari seorang sahabat yang ingin sangat ubi jari buaya ni untuk ibunya yang mempunyai sakit jantung.

Kadang kadang bukan senang untuk mencari ubi ni dihutan kecil sekeliling kampung.

Tengahari tadi pokcik telah pos ubi gambar dibawah. Permintaan dari seorang pelanggan dari Perak. Beliau juga meminta pokcik hantar sekali keratan benih ubi jari buaya.



Memandangkan ada ketikanya sukar mencari ubi ni didalam hutan. Pokcik menyemai dan menanam benih untuk memenuhi permintaan dari sahabat dan barulah pakcik tahu untuk mendapat ubi yang besar dan matang bukan sebulan dua tapi hampir enam bulan juga.





0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates