Rabu, 10 Ogos 2016

Kempen Bulan Kesedaran Tibi

Hari ini berlangsungnya majlis Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tibi dekat sekolah pokcik. Majlis ini dimulai jam 9.00 pagi.. dengan ceramah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Perubatan Pasir Akar



Selain dari ceramah .. sesi menjawab soalan juga diadakan. Pegawai Perubatan menyoal peserta yang terdiri dari ibubapa penjaga dan pelajar. Sesi ini diadakan bagi memastikan pendengar fokus pada apa yang diceritakan. Bagi mereka yang dapat menjawab dengan tepat Pegawai Pertubatan akan memberi cenderahati.


Selain itu juga diadakan kaunter saringan Tibi bagi pemeriksaan kahak.. sebagai pemeriksaan awal tahap kesihatan. 

Penyakit Tibi boleh membawa maut sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna manakala rawatan sempurna boleh menyembuhkan pesakit Tibi. Rawatan sempurna juga dapat menjamin jangkitan tersebut tidak disebarkan kepada orang lain. Kerajaan Malaysia telah memberi komitmen yang tinggi dengan memastikan rawatan Tibi adalah percuma di semua klinik dan Hospital kerajaan.


Tanda-Tanda TIBI

Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
Kahak yang mungkin mengandungi darah
Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hlang selera makan
Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah menjadi letih



Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

mendapatkan pemeriksaan doktor
melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan

Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Blog Pilihan November

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates