Jumaat, 26 Ogos 2016

Ke kebun bila nak makan durian

Share it Please

Pagi-pagi dinihari lagi pakcik ke kebun durian bapa saudara yang terletak lebih kurang lima belas kilometer dari rumah.
Janji nak kutip durian bersama anak dan isteri.

Sampai disana bapa saudara dah sedia menanti bersama timbunan durian. Bapa sedara bongsu sebelah emak sememangnya tidur disana. Beratapkan kanvas dan beralaskan tikar.


Katanya, kalau tak ditunggu durian ini belum tentu menjadi miliknya, dah tentu bila datang nanti tiada apa yang tinggal. Dahulu tentu menjadi habuan si pencuri.


Harga durian disini cukup tinggi, itulah yang menyebabkan beliau sanggup berhujan dan dilanda ribut malam didalam kebun.


Katanya dua tiga hari lepas, 5 pikul durian dapat dijual dengan RM500 bagi satu pikul. Hari tu saja dah dapat RM2500. Banyak tu kan.. bayangkan dimusim ni berapa dia dapat.


Datang pakcik ke kebun ni pun tadi bukan berlenggang tangan kosong. Walaupun bapa saudara sendiri, terasa malu juga kalau mari nak makan free. Tiga keping kertas merah pokcik serah kat dia.


Taklah segan jadinya dan lebih dari harga patut yang pakcik dapat. Tu lah yang untungnya bila datang sendiri ke kebun.





5 ulasan:

Shahida Dzulkafli berkata...

Assalamualaikum pokcik..
Kebun durian nie dekat mana..?
Banyaknya durian..

Pokcik Blogger berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pokcik Blogger berkata...

ahaaala..lupa nak tulis kat situ.. sebenarnya kebun ni kat kg padang bual, besut terengganu

Elih Japahar berkata...

Bestnyaaa..kat sarawak ni terlampau mahal durian dia..hmm..kalau ada kebun kan best

Jmbelog Hashim berkata...

SALAM

DI TAG : https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-tonton-sudah-ku-tahu-versi-ucing.html