Twitter Facebook Delicious Digg Stumbleupon Favorites More

Rabu, 3 Ogos 2016

Hari Terakhir Syawal

Hari terakhir dibulan Syawal. Penutup bagi sambutan raya tahun ni, kelab guru sekolah pokcik adakan majlis raya.

Jamuan ala kadar... dibilik guru masing-masing guru bawa sendiri makanan berdasarkan setiap orang telah ditetapkan apa makanan yang patut dibawa.


Jemputan pula, dikalangan warga sekolah.. Guru, staff, guru KAFA, pekerja swasta (tukang kebun) dan pekerja-pekerja kantin.


Ada yang bawa lemang, nasi himpit (nasi Kapit), nasi dagang, roti jala, beledor (agar-agar), tapai dan beberapa jenis menu yang simple. 


Pokcik ni pengemar nasi dagang, jadi dimajlis mana-mana sekalipun yang diadakan, bila saja ada nasi dagang pokcik ketepikan benda lain.

Emmm... pokcik tak bawa apa-apa.. sekadar memenuhi jemputan.


Rasanya lepas ni...  bagi tahun ini, rasanya tiada lagi jemputan atas nama majlis hari raya sebab syawal dah berakhir. Kalau adapun sekali jemputan tentunya dah jadi majlis lain.




Share:

1 ulasan:

Irissha Greenalista berkata...

pejam celik tak berasa syawal dah sampai ke penghujung huhu ^_^

Cari Blog Ini

Followers

Blog Archive

Popular Posts

Copyright © POKCIKBLOGGER | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Free Blogger Templates