Jumaat, 26 Ogos 2016

Ke kebun bila nak makan durian


Pagi-pagi dinihari lagi pakcik ke kebun durian bapa saudara yang terletak lebih kurang lima belas kilometer dari rumah.
Janji nak kutip durian bersama anak dan isteri.

Sampai disana bapa saudara dah sedia menanti bersama timbunan durian. Bapa sedara bongsu sebelah emak sememangnya tidur disana. Beratapkan kanvas dan beralaskan tikar.


Katanya, kalau tak ditunggu durian ini belum tentu menjadi miliknya, dah tentu bila datang nanti tiada apa yang tinggal. Dahulu tentu menjadi habuan si pencuri.


Harga durian disini cukup tinggi, itulah yang menyebabkan beliau sanggup berhujan dan dilanda ribut malam didalam kebun.


Katanya dua tiga hari lepas, 5 pikul durian dapat dijual dengan RM500 bagi satu pikul. Hari tu saja dah dapat RM2500. Banyak tu kan.. bayangkan dimusim ni berapa dia dapat.


Datang pakcik ke kebun ni pun tadi bukan berlenggang tangan kosong. Walaupun bapa saudara sendiri, terasa malu juga kalau mari nak makan free. Tiga keping kertas merah pokcik serah kat dia.


Taklah segan jadinya dan lebih dari harga patut yang pakcik dapat. Tu lah yang untungnya bila datang sendiri ke kebun.





Continue Reading…

Rabu, 24 Ogos 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Segmen bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016 kembali untuk lagi untuk menggantikan bloglist bulan Julai & Ogos. Bagi yang tak sempat sertai bulan Jun hari tu, boleh cuba sertai bulan Ogos ni. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN

TAMAT : 29 OGOS 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016
2. Copy coding yang disediakan dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Sep & Oct 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Continue Reading…

Khamis, 18 Ogos 2016

Ahad, 14 Ogos 2016

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM



Hadiah-Hadiah Giveaway:

Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai  RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10

Hadiah bonus untuk seorang peserta bertuah giveaway ini akan dihadiahkan sekotak Mineral Coffee atau lebih dikenali sebagai Min Kaffe (bernilai RM36)


Giveaway ini akan berlangsung dari 13 Ogos - 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi.

Untuk join ... klik banner atas

Continue Reading…

Khamis, 11 Ogos 2016

Makan Pengat Durian


Makan Lagi... Rayakan dah habis tapi majlis rayanya tak habis-habis.. kali ni kat bilik guru nu buatkan majlis makan-makan pengat durian..

Biasanya tiap-tiap tahun kat bilik guru ni buatkan pulut durian atau majlis makan-makan durian tapi kali ni dia orang buat makan-makan pengat durian pula..

Maklumlah durian kat sini masih lagi mahal.. kalau tak salah pokcik RM8.00 sekilo.. ada juga yang jual RM7.00 sekilo..

Pokcik ni bukanlah pengemar buah durian... tapi kalau pengat durian dan pulut durian tu pokcik ok je.. makan tapi kalau buah tu untuk makan gitu saja taklah pokcik makan sampai satu biji sorang. Biasalnya seulas dua tu dah memadai bagi pokcik.. 



Continue Reading…

Rabu, 10 Ogos 2016

Kempen Bulan Kesedaran Tibi

Hari ini berlangsungnya majlis Pelancaran Kempen Bulan Kesedaran Tibi dekat sekolah pokcik. Majlis ini dimulai jam 9.00 pagi.. dengan ceramah disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Perubatan Pasir Akar



Selain dari ceramah .. sesi menjawab soalan juga diadakan. Pegawai Perubatan menyoal peserta yang terdiri dari ibubapa penjaga dan pelajar. Sesi ini diadakan bagi memastikan pendengar fokus pada apa yang diceritakan. Bagi mereka yang dapat menjawab dengan tepat Pegawai Pertubatan akan memberi cenderahati.


Selain itu juga diadakan kaunter saringan Tibi bagi pemeriksaan kahak.. sebagai pemeriksaan awal tahap kesihatan. 

Penyakit Tibi boleh membawa maut sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan yang sempurna manakala rawatan sempurna boleh menyembuhkan pesakit Tibi. Rawatan sempurna juga dapat menjamin jangkitan tersebut tidak disebarkan kepada orang lain. Kerajaan Malaysia telah memberi komitmen yang tinggi dengan memastikan rawatan Tibi adalah percuma di semua klinik dan Hospital kerajaan.


Tanda-Tanda TIBI

Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
Kahak yang mungkin mengandungi darah
Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
Susut berat badan dan hlang selera makan
Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
Mudah menjadi letih



Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

mendapatkan pemeriksaan doktor
melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
menjalani pemeriksaan x-ray dada
Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu
Pencegahan

Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan
Continue Reading…

Ahad, 7 Ogos 2016

Rabu, 3 Ogos 2016

Hari Terakhir Syawal

Hari terakhir dibulan Syawal. Penutup bagi sambutan raya tahun ni, kelab guru sekolah pokcik adakan majlis raya.

Jamuan ala kadar... dibilik guru masing-masing guru bawa sendiri makanan berdasarkan setiap orang telah ditetapkan apa makanan yang patut dibawa.


Jemputan pula, dikalangan warga sekolah.. Guru, staff, guru KAFA, pekerja swasta (tukang kebun) dan pekerja-pekerja kantin.


Ada yang bawa lemang, nasi himpit (nasi Kapit), nasi dagang, roti jala, beledor (agar-agar), tapai dan beberapa jenis menu yang simple. 


Pokcik ni pengemar nasi dagang, jadi dimajlis mana-mana sekalipun yang diadakan, bila saja ada nasi dagang pokcik ketepikan benda lain.

Emmm... pokcik tak bawa apa-apa.. sekadar memenuhi jemputan.


Rasanya lepas ni...  bagi tahun ini, rasanya tiada lagi jemputan atas nama majlis hari raya sebab syawal dah berakhir. Kalau adapun sekali jemputan tentunya dah jadi majlis lain.




Continue Reading…

Isnin, 1 Ogos 2016

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman

Assalamualaikum
hye semua ^_^

*sticky post*

Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman ! Klik Banner untuk join

Syarat :

1. Follow blog atau google +


2. Follow instagram *jika ada

3. Follow twitter *jika ada


4. Like sahaja fanpage
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"
3. Letak banner dekat entry.
4. Backlink kan ke sini.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.


Special untuk anda?

Wang tunai RM30 x1
Wang tunai RM20 x1
Tapak Iklan free selama sebulan x1
Topup RM5 x1
[SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
Wang tunai RM50 x1
[nurfuzie]


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman ! ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 1 Ogos 2016
Tamat : 21 Ogos 2016

Continue Reading…

GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI


http://www.farahsanusi.com/2016/08/giveaway-pertama-by-farah-sanusi.html

klik banner untuk join.

Syarat penyertaan:

1. Follow blog Farah Sanusi ✅
2. Follow instagram Farah Sanusi ✅
3. Like facebook page Farah Sanusi ✅
4) Buat satu entri bertajuk "GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI" ✅

Hadiah untuk dimenangi :
2x dianz vitamin
5x kopi pak belalang
3x shawl
Continue Reading…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Blog Pilihan Hati

Popular Posts

Copyright © Pokcikblogger.com | Powered by Blogger
Design by Saeed Salam | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | Distributed By Gooyaabi Templates