Jumaat, 22 Julai 2016

Tengok-tengok dulu

Share it Please
Tadi petang bila pulang dari Pantai Bukit Keluang, lalu depan pusat pameran Perodua. Tiba-tiba bini pokcik minta singgah kat bilik pameran ni. Katanya nak tengok Perodua Bezza.



"Betul ke nak masuk ni" tanya pokcik pada bini.

"Betullah kita masuk dulu, tengok cantik ke tidak kereta ni" kata bini kat pokcik.

Pokcik ikut saja kehendak bini. Anak-anak pun ikut sama masuk. Bila ada kat dalam ruang pameran tu pokcik cubalah masuk dalam kereta buat ala-ala nak pandu uji kereta tu.  

Keluar dari kereta tu pokcik tengok bini sedang elok dok bertanya kat salesman tu. 

Biar betul ni...

Lepas tu bini pokcik kata dah berkenan kat 1.3 advanced.. ahhaa,, biar betul ni... 

"Banyak pula duit awak" Tanya pokcik kat bini.

"La, berkenan saja, tak salahkan" Kata bini.

"lagi pun kita tengok saja ni, tiada niat nak beli pun. Kalau ada rezeki kita tu adalah ye" sambungnya lagi. Pokcik dia je.. Betullah tu, kalau ada rezeki adalah nanti
 


1 ulasan:

CikPuan FiDa berkata...

dah bekenan belijelah pokcik